Zone A (Bonus)

Khamis, 6 Oktober 2011

BENARKAH KENDERAAN ROSAK?

Salam.

Saya seorang daripada pembaca blog abang. Kalau abang tidak keberatan, saya hendak minta tolong singkapkan rahsia sindiket beroperasi di tepi highway selepas Plaza Tol Gombak menuju ke Batu Caves atau Ampang.

Ramai pengguna jalanraya saya perhatikan sudah menjadi mangsa ahli sindiket terbabit.

Modus operandi, mereka diberitakan lepak di kasasan selepas Plaza Tol Gombak sambil memerhatikan kenderaan besar melepasi plaza terbabit dan mengejar kenderaan dijadikan sasaran. Mereka kemudian akan cuba memberhentikan kereta itu dan memaklumakan pemandu kononnya tayar kiri hadapan atau belakang bermasalah kerana mengeluarkan asap. Sebaik kenderaan diberhentikan, ahli sindiket akan menyembur cecair di bahagian tayar/disc brake dan menunjukkan kepada mangsa kononya kereta dipandu bermasalah dan perlu diperbaik di bengkel.

Jika mangsa bersetuju kereta akan dibawa ke bengkel mereka. Di situlah penipuan berlaku, kenderaan tidak rosak dikatakan sebaliknya.

Ahli sindiket didapati sering melepask di kawasan selepas tol tersebut (susur keluar dari UIA) atau di bawah flyover menuju ke Sri Gombak/Batu Caves di antara waktu tengah hari dan petang

Saya bimbang jika orang ramai terus tertipu.

TINDAKAN

Saya bertindak menghubungi kru 666, Ashraff Zainon, pemilik bengkel PA6.

"Pandangan saya, dia orang sembur cecair anti-karat WD40 ke disc break selepas itu ahli sindiket boleh kelentong pemilik kenderaan, kononnya break bocor," kata Ashraff.

"Kenapa perlu disembur pada tayar hadapan kiri dan belakang?," soal saya.

"Sebab tayar hadapan jauh dari pemandu, begitu juga tayar belakang, pemandu tidak nampak apa berlaku," ulasnya.

Terima kasih bro Ashraff dan kepada pengguna jalanaraya, usah mudah terpedaya.  

Journalis Maya : Zan

7 ulasan:

  1. Terima kasih dgn info ini..semoga kita semua tidak menjadi mangsa pada mrk yg suka menipu ini

    BalasPadam
  2. tq for the info...sgt2 berguna especially utk kaum wanita yg memandu seperti saya....

    BalasPadam
  3. info yang bagus.

    Ayah saya pernah kena, few years ago, the same situation, but alhamdulillah dia tidak terpedaya dengan tipu helah mereka.

    BalasPadam
  4. SMTI, pernah terjadi semasa dengan kawan dalam perjalanan ke Kuantan, tapi kami terus jalan... mereka datang ramai-ramai, macam kami dalam masalah besar kononnya.

    BalasPadam
  5. patutlaa tiap kali lalu situ, mcm byk jer kenderaan lepak sana. ini rupernyer yg terjadi...

    BalasPadam
  6. rakan saya mengalami kemalangan kecil masa hujan di LPT area karak minggu lps. kereta beliau tergelincir dgn tba2 padahal beliau tidak memandu laju. bla diselidik, ada kesan2 minyak enjin di atas lebuh raya..selang bbrp minit, towing car tba dgn 5/6 org...cemane diorg tau ada kemalangan?padahal kemalangan br je berlaku...sape yg tuang minyak???xnk salahkan sesiapa tp tolong berhati2 ketika menggunakan LPT gombak-karak...

    BalasPadam