Zone A (Bonus)

Jumaat, 22 Jun 2012

GEREJA AWANG HITAM

Saya dapati warga Nigeria kini membuka gereja di Desa Aman Puri, Kepong, Selangor. Sila klik di sini untuk melihat gambar gereja saya maksudkan.

Mereka dipercayai memasuki Malaysia menggunakan pas pelajar 'bible studies'. Justeru bagaimanakah Majlis Daerah Gombak boleh membenarkan gereja terbabit beroperasi? 

Bagaimana pula Jabatan Imigeresen meluluskan permit untuk pastor mereka?

Journalis Maya : Lim

Isnin, 28 Mei 2012

PENIPUAN DI MUDAH.COM


Mudah.my adalah tempat penjual dan pembeli maya bertemu dan kemudian berurus niaga. Saya adalah salah seorang pembeli agak taksub dengan pembelian online ini. Telah banyak 'gadget' saya beli secara online dengan urusniaga secara Cash on Delivery atau kurier.

Mudah.my memang satu portal jual beli tidak selamat dan terlalu banyak kelonggaran kepada penjual berbanding Lelong.my (di Malaysia) tetapi pengalaman saya membeli secara online di luar negara menyebabkan saya yakin rakyat Malaysia mempunyai tahap kejujuran tinggi dan boleh dipercayai sama seperti rakyat negara maju.

Urus niaga saya sentiasa memuaskan hati sehinggalah pada tarikh 17 Mei 2012, saya telah berurusniaga dengan seorang penipu. Sejak sebulan lalu saya asyik mengumpul maklumat mengenai kamera DSLR. Saya sentiasa berusaha mencari barang berkualiti pada harga rendah, mana tahu ada penjual dalam kesempitan mahu menjual barangan mereka.

Saya teruja apabila melihat harga Nikon D7000 dijual pada harga RM1599 dan terus menghubungi penjual. Belum sempat saya bertanya panjang, beliau yang mengenalkan dirinya sebagai Paizal menceritakan bahawa beliau adalah pegawai kastam dan barang tersebut adalah rampasan kastam sebab itu beliau jual dengan murah.

Kelabu mata dengan harga murah, beserta desakan supaya saya cepat membuat keputusan kerana ada orang lain juga mahukan barang sama menyebabkan saya akhirnya setuju untuk bank-in ke akaun CIMB beliau - Mohd Paizal bin Japar. Dia juga memberikan saya nombor kad pengenalan 890212-13-5247. Dia meminta saya menyemak dengan pejabat kastam jika tidak percaya dan memaklumkan bahawa nombor akaun itu adalah nombor akaun gajinya. Terpedaya dengan mulut manis dan lagak jujurnya, saya telah 'bank-in' wang sejumlah RM1550 setelah diberi diskaun sedikit. Barang dijanji sampai besoknya dan 'tracking number.' akan diserahkan pada saya.

Oleh kerana hari sudah lewat petang, saya menghubungi semula Mohd Paizal kastam budiman itu untuk meminta 'tracking number' bagi kurier tersebut. Hati begitu seronok kerana akan menerima Nikon D7000 apatah lagi berjaya dibeli dengan harga murah.

Keseronokan mula bertukar mendung apabila nombor yang dihubungi hanya masuk ke peti suara.. sehinggalah pada hari Isnin berikutnya semua panggilan masuk ke peti suara dan CONFIRM SAYA TERTIPU buat kali pertama di mudah.my.

Segalanya saya jadikan ikhtibar untuk tidak mempercayai sesiapa lagi di perniagaan online dan hanya akan melakukan urusniaga secara COD sahaja. 

Tapi harga pengajaran tersebut sangat mahal.

Saya masih lagi melihat iklan seperti itu di mudah.my dan sangat khuatir ada orang lain akan menjadi mangsa kerana tiada ruang untuk saya buat catatan peringatan di iklan tersebut tidak seperti sesetengah laman jual beli cyber yang ada ruangan Q&A dan sebagainya.

 Journalis Maya: Mangsa Mudah.my

Rabu, 23 Mei 2012

TOLONG CARIKAN KERETA SAYA


Salam Mazidul,

Saya ingin meminta bantuan saudara untuk mencari kereta saya telah dilarikan oleh lelaki Melayu pada pagi Rabu 02/05/2012. 

Suspek mendakwa berhasrat membeli kereta saya itu.

Butiran :

Jenis     :  Perodua Viva 850 cc Manual
Plat No : WRS 6643
Warna  :  Hitam

Gambar seperti yang disertakan. Terima Kasih

Journalis Maya : Suhaimi

Ahad, 13 Mei 2012

IKLAN BERUNSUR SEKS


Salam. 

Mohon maaf jika ruang ini bukan tempat sesuai untuk saya mengadukan isu mengenai Iklan berunsur seks. 

Iklan saya maksudkan terdapat di dalam majalah MASTIKA keluaran MEI 2012. Saya bukan peminat majalah tersebut kebetulan saya membaca kerana dibeli oleh rakan sepejabat. Apabila saya membelek-belek ruang iklan di kulit belakangnya saya terkejut dengan iklan  berunsur seks dalam majalah tersebut. Saya pasti iklan tersebut bukan sahaja pada keluaran Mei malah mungkin terdapat pada keluaran sebelumnya.

 Persoalannya, apakah Ketua Pengarang MASTIKA tidak mengetahui perkara tersebut atau dia menghalalkan perkara tersebut. Untung sangatkah MASTIKA menjual ruang iklan untuk iklan2 seperti itu? Apakah KDN atau pihak bertanggungjawab tidak menyedari hal begini dan adakah tiada undang-undang menyekat iklan merosakan masyarakat terutama sekali golongan remaja. Ianya bukan sahaja menjijikan malah menjatuhkan kredibiliti majalah di dalamnya menceritakan pelbagai kisah masyarakat sekaligus mempunyai nilai pengajaran baik mengenai azab Allah dan sebagainya tetapi dibelakangnya ada iklan berunsur SEKS! 

Saya mohon Encik Mazidul paparkan perkara sebegini agar diberi perhatian oleh pihak-pihak berkenaan. 

Semoga mendapat perhatian Encik Mazidul. Terima Kasih.

Journalis Maya: Aryan Backer

Sabtu, 14 April 2012

PARKIR DI KOMPLEKS MAIS KLANG DIJAGA OLEH GANGSTER?


Saya baru menyewa pejabat di Kompleks Majlis Agama Islam, MAIS, Klang sejak sebulan lalu dan berasa pelik dengan pengurusan parkir berbayar di sana. Caj dikenakan adalah sangat tidak logik untuk sebuah bangunan usang sebegitu, RM2 sejam.  

Tetapi jumlah bayaran itu bukan isu utama. 

Setelah saya membuat sedikit siasatan, pengurusan parkir tersebut adalah TIDAK sah!  Kutipan parkir dilakukan secara haram. Setelah saya ajukan hal ini kepada pihak MAIS disertakan surat mahkamah, laporan polis, malangnya tiada tindakan diambil, kononnya, pengurusan parkir tersebut adalah "GANGSTER" besar kawasana tersebut. 

Journalis Maya : Rizwan

Khamis, 12 April 2012

BAS LAJU

Assalammualaikum Mazidul. 

Saya ingin meluahkan rasa marah dan tidak puas hati berhubung sikap pemandu bas 2 tingkat dari syarikat SUASANA EDARAN, bernombor pendaftaran KCB 6. Bas terbabit telah dipandu melebihi 90km/j di lebuhraya menghala ke selatan. Saya mengekori bas terbabit dan mendapati bas itu dipandu selaju 110km/j di lorong kanan. Saya kemudian memberikan isyarat lampu tinggi kepada pemandu bas terbabit dan bas beralih ke lorong tengah tetapi  memasuki ke lorong kanan semula.

Kejadian dilaporkan ini berlaku pada pagi 28 Mac lalu pada jam 8.50 pagi sewaktu hujan agak lebat dan saya sedang menghala ke Sepang. Setibanya di persimpangan Nilai, pemandu bas terbabit beralih ke lorong kiri di belakang kenderaan saya dan mengekori rapat kenderaan saya pandu seolah-olah dia marah. Persoalan nya, tidakkah pemandu terbabit mengambil iktibar di atas tragedi kemalangan maut membabitkan bas sebelum ini? 

Journalis Maya: Intan Zamani

RAWATAN HOMEOPATI DIRAGUI

Saudara Mazidul, sebernarnya sudah lama saya hendak menceritakan perkara ini.  Saya seorang daripada  ahli keluarga mangsa terlalu taksub dengan rawatan homeopati. Kakak saya 2 kali keguguran sewaktu mengandung selepas mandi ais yang diwar-warkan oleh perawat. 

Saya mula tidak berasa yakin dengan rawatan terbabit selepas melihat taraf pendidikan doktor terbabit,   emiritus. Setahu saya sedikita sahaja pemegang status emiritus di malaysia. Kebanyakan info saya dapat disini

Mereka ini juga mengunakan agama sebagai pelindung aktiviti perbohongan mereka. Saya mendapati mereka  menghasut pesakit supaya tidak ke hospital jika sakit dan bergantung sepenuhnya kepada ubatan mereka buat dsebabkan ubatan di hospital diperbuat daripada dadah dan memutar belitkan fakta sehingga ramai tertipu.

Saya harap saudara Mazidul dapat membantu saya mendedahkan maklumat ini sebab ramai tertipu dan dapat juga menolong saya menyelamatkan kakak saya terlalu taksub dengan kaedah perubatan ni.

Journalis Maya: Pening Kepala 

TANDAS SOGO

Pada 11/4/2012 saya bersama ahli keluarga pergi membeli belah di Sogo, Kuala Lumpur. Saya pergi  ke tandas di tingkat 2 dijaga oleh pekerja perempuan bangsa asing, Indonesia kemungkinan dan meminta bayaran sebanyak 30 sen. 

Sebelum itu suami bersama anak lelaki masuk ke tandas sama namun terpaksa keluar semula kerana keadaan tandas kotor, berbau hancing dan air sedikit sahaja keluar dari pili. 30 sen tidak dikembalikan malah disaran ke tandas tingkat lain.

Kemudian saya masuk ke bahagian wanita (di tingkat yg sama) bersama anak perempuan saya untuk mencuci tangan dan menukar diapers. Melalui pengamatan saya, air memang sedikit, berbau hancing dan keadaan lantai kotor.

Pada ketika masuk, saya belum membayar30 sen. 

Setelah selesai, saya keluar untuk membayar 30 sen tetapi belum sempat saya mengeluarkan wang, saya telah dimarahi oleh petugas tandas, mengatakan saya belum membayar wang tersebut sedangkan saya hanya menggunakan air di sinki yang amat sedikit untuk membasuh dan menukar diapers anak saya.

Isunya begini ...

1) Apakah relevannya kami (pelanggan membeli belah) di kompleks besar itu perlu membayar 30 sen setiap kali masuk ke tandas yang ada di setiap tingkat sedangkan parkir mahal dan diketahui membeli belah memang makan masa yang lama. Anggaran duit yang perlu dibayar sebanyak RM1.20.

2) Petugas kaunter biadap, bercakap dengan kuat, makan ketika menjaga tandas dan bersikap langsung tidak menghormati warga Malaysia sedangkan gaji dia pun kami yang bayar walaupun secara tidak langsung.

3) Kami tidak kisah dengan bayaran 30 sen kalau itu dapat membantu org lain memperolehi rezeki tetapi perkhidmatan tandas mestilah baik dan bersih.

Journalis Maya : Asmah

MESIN JUDI HARAM DI PASARAYA CARREFOUR

Saya ingin melaporkan kegiatan mesin judi haram berselindung di sebalik kedai permainan video berlaku di pasaraya Carrefour Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Semakin lama, semakin ramai anak muda Melayu menjadi pelanggan. Pihak polis pernah ambil tindakan tetapi selepas seminggu  premis terbabit beroperasi semula..

Journalis Maya: Hitman

AKU BEKAS KEKASIH LELAKI NIGERIA

Salam.

Don't know where to start or how to start. 

Cuma saya minta your kind discretion to replace of names sebab saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan kemudian diri sendiri binasa.

Senang cakap after few months of your entry about the Nigerians bersepah di Malaysia, saya rasa terpanggil hendak menulis kepada saudara.

My story begins in 2010. I met Charles in October 2010, few days after my birthday. Time itu baru resign dari kerja and dalam 2 nd semester doing Professional Degree di universiti tempatan. We met online, chatting through IMVU. Saya berasa bosan at that time because I was no longer working then kawan-kawan bekerja menjauhkan diri because they thought that I had no money to sit and have coffee with. Life wasn't that exciting but I wasn't looking for any havoc or happening events to take place. 

Perkenalan dengan Charles membuat saya berasa diberikan perhatian dan sangat dihargai. Yes, I knew from the beginning he was a sweet talker but I don't know why I didn't care all that. 

He invited me to come over to his house and said that he would cook and have a party. At first, memang saya refused. Macam buat perangai pula hendak pergi ke rumah lelaki tidak begitu saya kenali. Tambahan pula dia warga asing. 

After 2 weeks dipujuk, I finally went to his house. 

Yes, memang bodoh.

During the visit, he cooked, prepared food and made me feel very comfortable. We talked and to me he was a smart person. Someone who is really educated. Dia memberitahu saya, dia ada business sendiri, selling motor parts. Then, I found out that he is actually a student with a loca; college in Kuala Lumpur. 

A lot of them rupanya menetap di Pangsapuri D'Kiara, Taman Wawasan Puchong. Kawasan itu kelihatan sangat aman. But, trust me, at every level of the apartment mesti ada warga Nigeria. Some of them look too  old to be students.

Selepas setahun bersama Charles, his promise to propose was gone. He said that he can't convert, he can't marry me, he can't be with me. I shared a lot with him. Including a bank account and a Mastercard to enable him to shop. Tapi Alhamdulillah, something happened to our relationship, saya mula mencurigai gerak-geri dia. Apa yang Charles cakap tidak consistent dengan time and tempat. Rasa macam tersedar lalu saya menyiasat dia di belakang. He has an accomplice, a Malay lady. That lady probably lends him a lot more than I did untuk Charles hidup mewah di Malaysia.

We broke up but I couldn't help to think why in the world would he wanted to stay and always had much money to buy even a bigger fridge than that of mine? Kalau benar keluarganya susah di Lagos, Nigeria, kenapa dia tidak bekerja? Kenapa dia pernah requested untuk menggunakan bank account saya? Kenapa dia tidak ke kelas lagi atau memohon pekerjaan sementara sebab setahu saya, pengajiannya di kolej sudah tamat pada Ogos 2011.

Pada pandangan saya, pihak universiti pun sebenarnya membantu warga Nigeria untuk terus berada di Malaysia. Selagi duit masuk ke poket, mereka akan berusaha memanjangkan tempoh belajar warga Nigeria di Malaysia.  

Saya mempunya pengalaman bergaul dengan warga Afrika. Saya tidak mahu ramai lagi wanita Melayu terjebak lagi. Saya mengakui kebodohan saya dan buta hati sebab seorang lelaki. Keserasian saya experience at that time membuat saya lupa berhubung batas agama. Cuma bahagia itu tidak lama, maybe because he didn't have the intention to marry me, what more to start a family. Seperkara lagi, mereka cukup gemar mensasarkan  wanita berumur, berwang, berkerjaya dan berpelajaran tinggi. Wanita berumur pilihan mereka "because of experience" that's what they told me. 

Hendak apa sahaja, mesti dapat. 

Kalau boleh, abang tumpaskan lagi kegiatan warga Nigeria. Sayang saya masih ada, tapi demi kebaikan semua orang, dia, saya, wanita-wanita lain dan kadar jenayah di Malaysia, saya rasa it's time for him to go home since dia sudah lama berada di sini, sejak tahun 2005.

Thank you. 

Saya menghargai usaha saudara dan rakan-rakan. 

Journalis Maya :  Jun

MESIN JUDI BERLELUASA DI KUALA SELANGOR

Kegiatan bermain mesin judi berkomputer berleluasa di Kuala Selangor dan kawasan sekitar. 

Ramai individu berusia muda dan tua memenuhi tempat perjudian itu. 

Mungkin pihak berkuasa sudah tahu fasal hal ini, tidak mengambil endah dan melaksanakan tindakan sewajarnya. 

Journalis Maya:  Mr. Zack

MAT REMPIT MENGGANAS DI KUALA TERENGGANU

Mat rempit menghalang laluan saya dan pengguna jalan raya yang lain. Saya perlu cepat kerana ingin melawat saudara yang tenat di hospital.harap pihak polis dapat menyelesaikan masalah ini yang sudah lama berlaku. Jangan biarkan orang awam menjadi mangsa dan terbunuh baru pihak berkuasa nak bertindak

Journalis Maya: Yaya

Rabu, 1 Februari 2012

DIBELENGGU AH LONG

Salam Mazidul. 

Kawan saya tinggal di Puchong, Selangor meminjam wang dari Ah Long. Akibatnya, kini dia hanya menerima separuh daripada gaji berjumlah RM1,500, selepas dipotong oleh Ah Long.

Apakah langkah perlu saya lakukan untuk membantu rakan saya itu?

Journalis Maya : Izat Fuad 

Jumaat, 6 Januari 2012

KENCING DALAM LIF



Gambar di atas dirakamkan di dalam lif di Pangsapuri Sutera Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang berikutan tidak tahan dengan tindakan tidak bertamadun 'seseorang'.

Masih ada lagi manusia yang berperangai begini.

Semoga doakan penduduk dimakbulkan.

Journalis Maya: Usez

Selasa, 3 Januari 2012

MANGSA KEMALANGAN MENGGELUPUR (Gambar Eksklusif)

Sewaktu dalam perjalanan dari I-City ke Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya terlihat lori dipandu laju di lorong sebelah kanan Lebuh Raya Persekutuan menuju ke arah Kuala Lumpur.

"Afif, tolong ambilkan gambar lori itu," pinta saya kepada anak.

Pantas dia menunaikan permintaan saya sedang memandu.


Berpengalaman menjadi anak saya selama lebih 13 tahun, Afif  Faiq tahu mengapa saya meminta dia merakamkan gambar kenderaan itu.


Lori itu dipandu laju tanpa lampu lengkap sekaligus berkebarangkalian mengundang malapetaka di jalanraya.  Saya percaya pihak pengurusan syarikat gergasi perkapalan itu mampu mengenal pasti identiti pemandu terbabit. 


Tolong peringatkan dia, usah memandu menggunakan hanya satu lampu. 

Jam 10.52 malam, 12 minit setelah gambar di atas dirakamkan, sewaktu memandu di Lebuh Raya Utara-Selatan, NKVE, saya memberhentikan kenderaan di lokasi selamat.

Tragedi tidak diduga berlaku beberapa minit sebelum saya tiba di lokasi.


Kemalangan beraku berhampiran susur keluar ke Damansara, Petaling Jaya, Selangor, di NKVE dari arah utara ke selatan.

Semua gambar saya rakamkan secara eksklusif kerana tiada wartawan dan jurugambar media cetak dan elektronik di lokasi.

Mangsa di atas berada dalam kesakitan tetapi tidak bersuara.


Beberapa lelaki dipercayai rakan mangsa cuba menenangkan lelaki kelihatan cedera di kepala. Darah merah mengalir membasahi wajahnya.

Tidak jauh dari mangsa pertama, mangsa kedua kelihatan bak menggelupur terbaring di atas jalanraya sambil diperhatikan barangkali kenalannya.


Keadaan kelam-kabut dan kawasan kejadian mula dikerumuni orang ramai, majoriti penunggang motosikal.


Melalui pengamatan saya, mangsa kedua juga mengalami kecederaan di kepala serta tangan.

"Sudah telefon ambulan?," soal saya kepada mereka berada berhampiran mangsa.

"Sudah," balas mereka.

Saya terus merakamkan gambar. Dalam keadaan begitu tidak molek untuk bertanyakan butiran diri mangsa terbabit.


Saya dimaklumkan 2 mangsa terbabit tidak mengenali di antara satu sama lain. 

Rakan mangsa pertama akhirnya bersuara.

"Kami dari Pulau Pinang, dalam perjalanan balik ke Pelabuhan Klang. Dia menunggang di tengah, saya di belakang. Kami konvoi dalam sepuluh orang dan tadi rasanya ada lori bergesel dengan motosikal dia tetapi pemandu lori melarikan diri," ujarnya.

Saya berpeluang merakamkan gambar satu daripada 4 motosikal dilaporkan terbabit dalam kemalangan ngeri itu.


Beberapa minit selepas berada di lokasi, saya terpandang remaja terduduk tanpa suara berhampiran penghadang jalan.


Perhatikan titisan dan tompokan darah berhampiran paha kanan mangsa.


Pada ketika itu, mangsa pertama kelihatan berada dalam keadaan amat sakit.


"Jangan pejamkan mata! Jangan pejamkan mata!," ujar rakannya dalam keadaan panik

Tanpa bersuara, beberapa kali mangsa cuba mengubah kedudukan tubuhnya.

Kira-kira jam 11 malam, ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi dan kakitangan hospital itu bertindak pantas.


Setelah memastikan dia masih bernafas, mangsa dibawa masuk ke dalam ambulan.


Mangsa kedua kemudian diusung ke dalam ambulan sama.


Manakala mangsa ketiga dipapah ke seberang kiri jalan. 


Polis trafik tiba di lokasi kemudian bertindakn mengawal lalu-lintas. 


Saya berharap semua mangsa selamat.