Zone A (Bonus)

Rabu, 13 Julai 2011

Perangkap Maut Di Petaling Jaya!

Sebilangan manusia memang tidak berhati perut, sanggup mencuri sekaligus membahayakan nyawa orang lain.

Bayangkan jika kanak-kanak melintas jalan terperosok ke dalam lubang berikut. Untuk rekod, jalan sama digunakan pelajar untuk ke Sekolah Kebangsaaan Sekesyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.




Sepatutnya lubang terbabit ditutup begini.


Namun ada pihak dipercayai telah memotong besi penutup itu dan membiarkan lubang bak perangkap kepada pejalan kaki.


Pihak sama meraih pendapatan dengan menjual penutup besi dipotong tanpa mempedulikan keselamatan orang ramai. Jika terjatuh, saya percaya, mangsa akan mengalami kecederaan parah atau maut.

Perhatikan lebih 16 lubang ternganga menunggu mangsa di Jalan Kenyalang, Kota Damansara. 


Siapa peduli? Biasalah majoriti orang kita gemar melihat dan bercakap mengenai sesuatu isu, bertindak? Itu belum tentu lagi.

Saya telah memaklumkan kepada Pengarah Penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya,  MBPJ, Fauzi Maarop melalui pesanan ringkas berhubung kes ini.

Semoga tindakan segera diambil MBPJ bagi memastikan tiada nyawa melayang. Jika kemalangan berlaku, saya percaya, gambar kejadian tidak ternilai harganya.
 

5 ulasan:

  1. assalamualaikum,

    dekat seksyen 4 pun banyak jugak perangkap ni,
    tempat laluan budak2 smk sek 4 kota damansara jugak.
    dekat pulak tu dengan bus stop semarak. kadang2
    kalau pegi kerja awal pagi around 6.30am ,memang
    kena hati2 berjalan.bukan apa, takut terperosok
    karang..haru!!!

    BalasPadam
  2. Bro, menurut permerhatian saya yang naif ini, disamping banyak lubang, jalan juga tidak mempunyai hump yang secukpnya, bayangkan banyak kereta yang melalui Jalan Kenyalang di hadapan sekolah kebanyakkannya memecut dengan laju tanpa memikirkan bahawa itu adalah kawasan sekolah. Bro Mazidul mungkin bileh maklumkan kepada Encik Fauzi Maarof tentang keadaan di jalan sekolah seksyen 11 tersebut. Tapi kalau di sekolah jenis kebangsaan, pandai pulak pendatang pendatang tanah besar ni memandu secara perlahan.

    Sekian pendapat 10¢ saya

    BalasPadam
  3. di depan pusat latihan MAS di kelana jaya pun ada lobang menanti..
    dah lama, kadang drg cuma letak ranting sbgai amaran..

    BalasPadam
  4. di kawasan kilang terpencil dekat taman velox rawang pun sama. semua lubang dibiarkan ternganga macam ni. kat tengah-tengah jalan pulak tu.

    tayar kereta saya pernah jadi mangsa.

    BalasPadam