Zone A (Bonus)

Ahad, 23 Oktober 2011

PERMUDAHKAN PARKIR DI HUKM


Sebelum ini pembayaran parkir dilakukan dari dalam kenderaan.

Sekarang pemandu terpaksa beratur di pondok tanpa mengira hujan atau panas untuk menjelaskan bayaran parkir sekaligus menyusahkan orang awam. 

Parkir 30 minit pertama percuma tetapi pemandu masih terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan tiket untuk keluar.

Penggunaan mesin autopay pasti akan memudahkan orang ramai.

Journalis Maya :  9W2BZT

Jumaat, 21 Oktober 2011

Selasa, 18 Oktober 2011

PENYELUDUPAN PETROL DI PERLIS

Saya telah menghantar emel ke SPRM, JPM dan KDN berhubung kegiatan penyeludupan minyak di Perlis namun setakat ini tiada sebarang respon diterima. 

Kes penyeludupan minyak petrol didapati semakin berleluasa. Bayangkan kereta sedan model lama Ford Lancer mampu memuatkan minyak bernilai lebih RM300. 

Ibu saya sebelum ini juga turut menghubungi penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan untuk membuat aduan namun tidak membuahkan hasil. 

Alasan diberikan oleh mereka, ketiadaan pegawai justeru bekalan minyak negara sentiasa berterusan diseludup keluar. Emak saya turut menghubungi wartawan akhbar tempatan tetapi dilaporkan mereka tidak berani untuk membuat liputan.

Journalis Maya : Hazwan

Isnin, 17 Oktober 2011

PEMANDU TEKSI INDONESIA BIADAP


Kejadiaan berlaku pada 2 Oktober 2011 sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari LCCT ke Taman Sri Serdang, Serdang, Selangor.

Melalui loghat percakapannya, saya percaya teksi saya naiki dipandu oleh warga Indonesia Lebih mengejutkan lagi, saya dapati tiada kad atau kertas pengenalan diri pemandu. 

Berikut gambar saya rakamkan.


Pemandu sama juga biadap kerana apabila saya bertanyakan soalan, adakah dia warga Indonesia? Dia dengan meninggikan suara menyatakan semua orang melayu di Malaysia ini juga pendatang. 

Katanya, hanya Orang Asli sahaja warga Malaysia. 

Dia juga berkata, kenapa perlu mempersoalkan kewarganegaraannya. Oleh kerana bimbangkan keselamatan keluarga saya kerana pemandu ini tahu lokasi saya tinggal, saya bertindak mendiamkan diri.


Soalan saya, adakah warga asing dibenarkan memandu teksi di negara kita? Jika dibenarkan sekalipun, wajarkah dia mengeluarkan kenyataan begitu kepada penumpang? 

Journalis Maya :  Fazli

Jumaat, 14 Oktober 2011

'Z' UNTUK 'ZAKAR' : TIDAK ADA CONTOH LAIN KE?


Buku di atas saya beli untuk bacaan anak di Tesco, Cheras, Kuala Lumpur. 

Sebaik tiba di rumah, saya dapati penggunaan huruf 'Z' dirujuk kepada perkataan 'Zakar'.

Pada pandangan saya, contoh digunakan tidak bersesuaian untuk dibaca oleh kanak-kanak.


Setelag diteliti, buku terbabit dicetak oleh Ladybug Publishing And Distribution beralamat di No.42,44,46, Jalan BPU 6 Bandar Puchong Utama, Selangor.

Khamis, 13 Oktober 2011

KEGIATAN DI TANAH HARAM BERLELUASA DI PERAK?


Assalamualaikum.

Saya seorang daripada pegawai kerajaan dalam bidang pentadbiran tanah di Perak dan berasa amat kecewa dengan pentadbiran tanah di negeri terbabit. Pada pandangan saya, ramai rakyat Perak teraniaya, kegiatan haram berleluasa.

Ternakan itik, ikan lombong, tanaman sayur-sayuran dan kelapa sawit mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun daripada penggunaan tanah tanpa bayaran cukai kepada pihak berkuasa negeri. Kanun Tanah Negara yang menjadi undang-undang asas pentadbiran tanah negara tidak digunakan. Justeru pengusaha haram menjadi raja.

Journalis Maya : Qudus

Khamis, 6 Oktober 2011

BENARKAH KENDERAAN ROSAK?

Salam.

Saya seorang daripada pembaca blog abang. Kalau abang tidak keberatan, saya hendak minta tolong singkapkan rahsia sindiket beroperasi di tepi highway selepas Plaza Tol Gombak menuju ke Batu Caves atau Ampang.

Ramai pengguna jalanraya saya perhatikan sudah menjadi mangsa ahli sindiket terbabit.

Modus operandi, mereka diberitakan lepak di kasasan selepas Plaza Tol Gombak sambil memerhatikan kenderaan besar melepasi plaza terbabit dan mengejar kenderaan dijadikan sasaran. Mereka kemudian akan cuba memberhentikan kereta itu dan memaklumakan pemandu kononnya tayar kiri hadapan atau belakang bermasalah kerana mengeluarkan asap. Sebaik kenderaan diberhentikan, ahli sindiket akan menyembur cecair di bahagian tayar/disc brake dan menunjukkan kepada mangsa kononya kereta dipandu bermasalah dan perlu diperbaik di bengkel.

Jika mangsa bersetuju kereta akan dibawa ke bengkel mereka. Di situlah penipuan berlaku, kenderaan tidak rosak dikatakan sebaliknya.

Ahli sindiket didapati sering melepask di kawasan selepas tol tersebut (susur keluar dari UIA) atau di bawah flyover menuju ke Sri Gombak/Batu Caves di antara waktu tengah hari dan petang

Saya bimbang jika orang ramai terus tertipu.

TINDAKAN

Saya bertindak menghubungi kru 666, Ashraff Zainon, pemilik bengkel PA6.

"Pandangan saya, dia orang sembur cecair anti-karat WD40 ke disc break selepas itu ahli sindiket boleh kelentong pemilik kenderaan, kononnya break bocor," kata Ashraff.

"Kenapa perlu disembur pada tayar hadapan kiri dan belakang?," soal saya.

"Sebab tayar hadapan jauh dari pemandu, begitu juga tayar belakang, pemandu tidak nampak apa berlaku," ulasnya.

Terima kasih bro Ashraff dan kepada pengguna jalanaraya, usah mudah terpedaya.  

Journalis Maya : Zan

Isnin, 3 Oktober 2011

Ramalan Ku Benar Belaka (Kes Lubang Ternganga)

Kira-kira jam 4.30 petang tadi, motosikal ditunggang lelaki berasal dari Semporna, Sabah, terperosok kedalam lubang di Jalan Kenyalang 11/1, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Kita orang mahu pergi ke Ikano," ujar rakan mangsa, Mohd Asri Sarudin, 18 tahun.


Berikut gambar motosikal mangsa.


"Tadi tayar motosikal dia termasuk ke dalam lubang, dia tercampak ke atas jalan. Mujur tidak ada kereta lalu," ujar orang ramai.

Mujur ambulan dan polis peronda tiba di lokasi kejadian dalam tempoh singkat.
 

"Kurang kurang kedalaman lubang ini lapan kaki," ujar lelaki berbaju biru.

Mangsa mengerang kesakitan ketika diangkat kakitangan ambulan Hospital Sungai Buloh menggunakan pengusung.


Mangsa dilaporkan penganggur.

Sebelum kejadian itu, saya beberapa kali meninjau deretan lubang sama dan dalam tampalan ditulis di blog ini saya memohon Majlis Bandaraya Petaling Jaya. MBPJ untuk mengambil langkah segera mengelakkan mangsa tercedera atau maut. 

Baca di sini dan di sini.

Sesungguhnya ramalan ku selama ini benar belaka.

Barangkali selepas ini barulah MBPJ akan mengambil langkah segera agar tidak ada mangsa lain melalui bahana sama.

Babi Oh! Babi


Gambar di atas direkodkan di Jalan.Tun Razak, Kuala Lumpur.

Dalam kesesakan lalu lintas, tiba-tiba muncul kenderaan pick up memotong di laluan kiri.

Namun bukan itu persoalan sebenar. 

Wajarkah tindakan pemandu terbabit? Fahamkah dia berhubung sensitiviti rakyat Malaysia bergama Islam? Hidup di negara pelbilang kaum, saya amat menghormati sensitiviti bangsa lain.

Babi dibawa secara terbuka sehinggakan ada penunggang motorsikal terpaksa manggadaikan nyawa mengelak dari terkena percikan darah dan air babi itu.  

Siapakah pemandu kenderaan itu? 

Saya berasa amat terkilan dengan kejadian itu.