Zone A (Bonus)

Isnin, 17 Oktober 2011

PEMANDU TEKSI INDONESIA BIADAP


Kejadiaan berlaku pada 2 Oktober 2011 sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari LCCT ke Taman Sri Serdang, Serdang, Selangor.

Melalui loghat percakapannya, saya percaya teksi saya naiki dipandu oleh warga Indonesia Lebih mengejutkan lagi, saya dapati tiada kad atau kertas pengenalan diri pemandu. 

Berikut gambar saya rakamkan.


Pemandu sama juga biadap kerana apabila saya bertanyakan soalan, adakah dia warga Indonesia? Dia dengan meninggikan suara menyatakan semua orang melayu di Malaysia ini juga pendatang. 

Katanya, hanya Orang Asli sahaja warga Malaysia. 

Dia juga berkata, kenapa perlu mempersoalkan kewarganegaraannya. Oleh kerana bimbangkan keselamatan keluarga saya kerana pemandu ini tahu lokasi saya tinggal, saya bertindak mendiamkan diri.


Soalan saya, adakah warga asing dibenarkan memandu teksi di negara kita? Jika dibenarkan sekalipun, wajarkah dia mengeluarkan kenyataan begitu kepada penumpang? 

Journalis Maya :  Fazli

11 ulasan:

  1. kat area bus stop komuter serdang byk je bukan org kita yg bwk teksi....

    BalasPadam
  2. mak saya pernah kena pemandu warga india biadap..mungkin bukan org india kita,tapi india yang hilang di malaysia..

    BalasPadam
  3. kalo laporan begini, xboleh kah pihak berkuasa gunapakai sebagai aduan rasmi dan mula kan tindakan siasatan dan sebagainya????

    BalasPadam
  4. sy suka naik teksi org cina yg drive...sbb dorang mmng jujur...sy pernah terkena dgn pemandu teksi india dan melayu yg mengenakan harga tak masuk akal dan tidak menggunakan meter...mmng sy tidak buat apa2 laporan atau komplen...sbb sy kesian...dorang carik makan sbb ada anak dan isteri...tp ingatlah karma...kita layan org dgn buruk,buruk jugak la kita dpt balasannya...

    BalasPadam