Zone A (Bonus)

Rabu, 27 April 2011

Keadilan Untuk Si Kecil (Tampalan Ke 2)

Tampalan Keadilan Untuk Si Kecil dirujuk.

Saya menghubungi Pegawai Penyiasat kes pada 18 April lalu dan dimaklumkan suspek, warga Indonesia telah dipanggil ke IPD Kuala Langat untuk dirakam kenyataan sehari kemudian.

Laporan perubatan mengesahkan Muhammad Mukhlis Hakim, patah paha kanannya  dipercayai akibat dipulas pengasuhnya pada bulan Ogos 2010, ketika itu berusia 3 bulan.

Jam 9 hari ini, pengasuh terbabit akan dituduh di Mahkamah Majetsrit Banting mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2001.

Saya harap pengadu,  journalis maya, Puan Dee berpuas hati.

Isnin, 25 April 2011

Lampu Isyarat Tidak Berfungsi

Sejak bertahun lamanya lampu isyarat di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang, berhadapan Balai Polis Sungai Dua tidak berfungsi. Penguna jalanraya terutama penunggang motorsikal menyabung nyawa saban hari untuk melintas mahupun untuk memasuki simpang.

Diharap pihak bertanggungjawab membuka mata dan menyelesaikan masalah ini. Jangan seperti melepaskan batok ditangga. Jangan tunggu sehingga ramai mati kemalangan baru hendak memperbaiki lampu isyarat.

Lampu isyarata tidak befungsi terbabit terletak kira-kira 100 meter dari 3 buah sekolah, pasar awam, masjid dan pejabat pos.

Journalis Maya: Shahril

Ahad, 24 April 2011

Tuntutan Nafkah Anak

Maaf, andai aduan saya ini bukan aduan awam tetapi bersifat peribadi semata-mata tetapi saya tiada tempat mengadu lain. 

Masalah saya, penguatkuasaan nafkah anak dan saman tunggakan nafkah.

Kes saya dengan Mahkamah Rendah Syariah berlarutan selama 3 tahun, selepas itu Biro Sokongan Keluarga, BSK mengambil alih untuk menghubungi bekas suami saya supaya membayar tunggakan nafkah.

Setelah beberapa kali dihubungi BSK melaka, bekas suami saya menghadirkan diri, keputusan seperti surat dilampirkan. 


Janji hanya tinggal janji, bekas suami tidak membayar pun nafkah dan tuntutan potongan, serta tiada potongan pencen dibuat. 

BSK pula hanya berdiam diri sahaja.

Saya pula kehabisan ikhtiar untuk mengadu.

Jika pergi ke Biro Bantuan Guaman, akan mengambil masa lama manakala jika menggunakan khidmat peguam luar terlalu mahal bayaran dikenakan.

Anak-anak semakin membesar, memerlukan kos perbelanjaan banyak tetapi mengapa bekas suami mengambil sambil lewa sahaja. Di manakah perasaan kemanusian dia?

Sekian, terima kasih.

Journalis Maya: Ala Har

Susur Keluar Terbengkalai

Mohon kerjasama tuan untuk membuat liputan di tapak, lokasi pembinaan jalan susur daripada Highway Lekas ke Bandar Baru Rinching kini terbengkalai seperti gambar dilampirkan. 


Kamu memohon  media untuk  mendedahkan hal ini supaya pihak bertanggungjawab menangani masalah kini menyebabkan trafik jam teruk di Semenyih.
Kerjasama tuan diucapkan terima kasih.

Salam hormat

Ditipu Si Bankrap

Salam Mazidul

Saya telah ditipu orang berstatus bankrup sebanyak lebih 30 ribu ringgit dalam satu urusniaga melalui perjanjian sah dan ditandatangani bersama setahun lalu. 

Laporan polis telah dibuat tetapi pihak polis enggan menyiasat kes ini dan mengklasifikasikan sebagai kes sivil. Dari segi sivil pula, tiada apa dapat dilakukan memandangkan penipu ini berstatus bankrap. 

Walaupun bankrap, penipu ini masih lagi menjalankan perniagaan dan menjaja dokumen palsu untuk menipu orang lain. Penipu ini seolah-olah kebal dari sudut undang-undang kerana status bankrapnya.

Antara tujuan laporan polis dibuat adalah untuk mengelak daripada mengambil tindakan sendiri dan seterusnya mengelak  melakukan jenayah.

Diharap Mazidul dan pengikut blog ini dapat membantu menyumbang pendapat untuk menyelesaikan perkara ini.

Sekian.

Journalis Maya : Kena Tipu

Sabtu, 23 April 2011

Karma

Saya pernah menyertai sekumpulan anak muda memasuki banglo tinggal dikatakan milik penjenayah terkenal sudah meninggal dunia.

"Ada benda terasa macam menjentik dan mengusik telinga aku," bisik seorang daripada mereka.

Suasana di dalam banglo, gelap dan terasa amat dingin tetapi peluh merecik  di dahi ketika saya menyapu kepala dengan tangan.

Hati berdebar, jantung berdegup semakin kencang.

Terfikir, apa sebenarnya ditakutkan? Entiti tidak dapat dilihat?

Apapun jenis entiti itu, tidak pernah tercatat dalam sejarah, dia mampu mencederakan manusia kecuali manusia sendiri.

Bukit Putus, Negeri Sembilan pernah melakarkan sejarah, entiti tidak dikenali tiba-tiba menjelma di tempat duduk belakang kereta. Terkejut, pemilik kenderaan mendakwa bagaikan
memandu di lorong di selubungi cahaya putih tebal. Tebing di kedua belah jalan, tidak kelihatan.

"Saya pengsan, bila tersedar rupanya kereta dah jatuh gaung. Jari tangan saya putus terkena serpihan cermin kereta," kata mangsa terbabit.

Mangsa terperanjat, kenderaann dipandunya hilang kawalan dan dia terbabit dalam peristiwa bakal terpahat di dalam memorinya sehingga ke akhir hayat.

Adakah entiti didakwa muncul itu memutarkan stering kereta sehingga terbabas? Tidak. Adakah jarinya dipotong entiti sama? Juga tidak. Dalam erti kata lain, entiti itu tidak terbabit secara fizikal menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

Berbanding entiti tidak dapat dilihat, manusia lebih ganas dan sanggup bertindak di luar batasan perundangan. 

Manusia memukul manusia.

Manusia menikam manusia dan manusia juga menembak manusia lain sehingga mengakibatkan kecederaan parah dan kes kehilangan nyawa.

Lazimnya, penjenayah terlepas dari tindakan undang-undang berhubung kes jenayah berat akan berasa bangga.  Mereka dianggap hero di kalangan penjenayah lebih muda. Kisah 'kehebatan' mereka menjadi buah mulut. 

Manakala penjenayah berjaya diberkas polis dan sabit kesalahan membunuh contohnya akan berhadapan hukuman digantung sampai mati, mandatori. 

Melaui sejarah, kita melihat, sebelum mati, majoriti cuba bertaubat sewaktu dipenjara Memohon ampun kepada Allah di atas kesilapan masa lalu. Barangkali niat bertaubat itu datang dari hati luhur kerana menyesali perbuatan kejam masa lampau. Mungkin juga niat itu didorong berikutan kekurangan kegiatan boleh dilakukan di dalam penjara.

Sepanjang kerjaya saya sebagai wartawan, berulang kali saya melihat penjenayah. Kebanyakkan mereka bergari. Biarpun gari itu hanya seperti gelang stainless steel besar tetapi alat sama membataskan pergerakan manusia. Tiada keegoan, tiada senyuman dan tiada semangat singgah di hati mereka lagi.

Bergari, mereka sukar makan. Bergari, mereka sukar menghisap rokok. Bergari, mereka sukar untuk ke bilik air.

Inikan pula jika dipenjara. Setiap pergerakan banduan  terhad. Masa mereka dihabiskan antaranya merenung dinding simen tebal dan siling. Di dalam ruang kecil sama dilengkapkan tandas tidak terjamin kebersihan. Di situ mereka tidur, di situ juga mereka membuang air kecil dan besar.

Azab tidak terkira.

Hemat saya, jka semua manusia berpengalaman dipenjara, pasti mereka cuba untuk tidak disumbat ke ruang sama.

... sekaligus enggan terbabit dalam kegiatan jenayah.

Terbaru, 9 April lalu, saya dipukul sewaktu menjalankan tugas. Kes terbabit masih  disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Lewat petang Khamis, 21 April lalu, suspek sama, berusia 31 tahun dilaporkan diberkas polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Perak.

Sejumlah cakera optik dirampas di kedai pernah diserbu dan diperiksa lebih 60 kali pihak berkuasa berbeza. Malah diberitakan polis turut memeriksa rumah suspek.

Turut ditahan, teman wanitanya, warga Indonesia dikatakan sedang mengandung 3 bulan dan pekerja premis menjual bahan cetak rompak di kedai bersebelahan.

It is all about karma.

Rabu, 20 April 2011

Ini Bukan Hospital!

Saya sedang menonton rancangan Bersama Mu di TV3 berhubung kisah Sindrom Down.

Secara tiba-tiba, teringat peristiwa berlaku 3 minggu lalu.

Waktu itu saya berada di Bank Islam, Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor, melangkah wanita berbaju kurung dan bertudung, datang bersama 2 anaknya, lelaki dan perempuan.

Ketika ibu itu duduk bertemu pegawai bank bersama anak perempuannya, adik lelaki wanita itu berusia lingkungan 7 tahun bermain di hadapan kaunter.

Berulangkali dia menjerit dan duduk di atas lantai. Melihat gelagat anak itu, pantas pengawal keselamatan wanita datang menghampirinya. Dengan wajah masam, anak kecil itu disuruh  diam tetapi dia masih menjerit.

"Jangan bising!," marah pengawal keselamatan.

Dia kemudian cuba menarik tangan anak terbabit tetapi dia enggan bergerak. Saya perhatikan semua kakitangan bank hanya membisu.

"Jangan bisinglah!," ulangnya.

"Hello! Ini bukan hospital, ini bank. Tak ada tulis jangam bising pun," celah saya.

Pengawal terbabit memandang saya dengan garang.

"Dia anak istimewalah. Itu pun you mahu marah? You marah sayalah, saya pun buat bising," ujar saya.

Mendengar perbualan kami, pantas kakak kepada anak itu, saya anggarkan berusia 12 tahun, menarik tangan adiknya namun dia tetap berdegil dan duduk kembali di lantai. Puas kakak cuba memujuk adiknya namun dia tidak berjaya malah rengekan anak itu semakin kuat.

Pengawal keselamatan kemudian beredar. Saya diam dan sejurus selesai urusan di bank, saya berjalan keluar.

"Dia punya emak, customer ini bank. Kalau tak ada customer, ini bank pun tak ada busines," kata saya kepada pengawal berdiri di pintu.

Pada masa sama, saya terlihat wanita berjalan di sebelah saya menangis teresak-esak. Airmata mengalir tanpa henti di pipinya membasahi tudung dipakai.

"Encik Mazidul, terima kasih sangat" ujarnya, sedih.

Saya tergamam.

Wanita itu, ibu kepada anak Sindrom Down terbabit.



Published with Blogger-droid v1.6.8

Selasa, 19 April 2011

Terbongkar Akhirnya

4 lelaki warga Afrika berusia di antara 22 dan 32 diberkas di Taman Puncak Desa, Kepong, Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang.

Mereka dipercayai terbabit memperdaya wanita dan lelaki tempatan.

Wang palsu, laptop dan cek antara barangan dirampas.



Published with Blogger-droid v1.6.8

Penat

Hazlin Hussain menyertai operasi dari jam 12 malam tadi sehingga kini.

Masih belum cukup tidur dan makan tengahari.

That is the beauty of being a journalist.

Penat dan lapar, lumrah.

Published with Blogger-droid v1.6.8

Warga Afrika Diberkas

Jam 2.30 petang tadi, warga Afrika disyaki terbabit dalam kes penipuan menggunakan internet diberkas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman berhampiran Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Saspek dilaporkan pelajar institusi pengajian tinggi swasta dan meronta kuat ketika diberkas.

Saya dalam perjalanan ke satu lagi lokasi.

Will update later.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Isnin, 18 April 2011

Urut Di Danau Kota

Di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, dua rumah urut menawarkan urut batin dengan  harga diskaun, beroperasi di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Kedua premis terletak berhampiran Platinum Walk building.

Satu daripada premis diserbu pada 3 Mac lalu, kini dilaporkan telah kembali beroperasi.

Satu lagi premis di deretan kedai sama, di atas kedai repair kereta, jika tidak tersilap dan dipercayai menggajikan pekerja dari China dan Thailand.

Seperkara lagi, di Danau Kota, ada kedai mesin judi. Premis menggunakan cermian gelap. Di luar kedai  dibuka gerai menjual makanan dan minuman. Jika dilihat dari luar kelihatan tidak ubah seperti kafe siber tetapi di dalam prems dipenuhi komputer diubahsuai menjadi mesin judi.

Sedih, Danau Kota agak terkenal kerana Uptown dikunjungi orang ramai setiap malam. Lebih menyedihkan berhadapan premis terbabit, sekolah rendah.

Diharap kes ini dapat dipanjangkan kepada pihak berkuasa.

Journalis Maya : Fahmi

Penjualan Terbuka VCD Haram Di Johor

Sebilangan pihak berkuasa di Johor Bahru, Johor didapati hanya menutup mata terhadap kegiatan peniaga kedai VCD haram antara lokasi dikesan, Pasaraya Kipmart Tampoi, Pasar Borang Pandan, Pasaraya Skudai Parade, kedai di Taman Impian Emas dan Uptown Jalan Segget.

Bayangkan kedai dibuka setiap hari di pasar dan pasaraya paling sibuk di Johor Bahru. Mustahil tiada penguatkuasa melalui tempat terbabit kerana mereka juga membeli belah disitu.

Pernah sekali saya melintasi kedai di dalam Pasaraya Kipmart dan melihat peniaga cakera optik tergesa-gesa menutup pintu kedai. Terdengar pelanggan bertanya kenapa? Mereka menjawab, ada operasi, nampaknya ada penglibatan orang dalam menggagalkan operasi itu.

Jika boleh sila lihat sendiri kedai- kedai ini beroperasi. Pelik, bila operasi disertai wartawan dan masuk dalam TV, semua buat kerja bungkus berbanding hari kerja biasa. 

Journalis Maya : Azman 

Ahad, 17 April 2011

Kemaskini Tampalan Menggunakan Android

Bermula sekarang saya akan memuatkan gambar dan kisah kejadian menarik menggunakan Samsung Galaxy Tab di blog ini.

Watch out for it!

Terima kasih.

Published with Blogger-droid v1.6.8

Penipuan Pertandingan Kad SIM


Sindiket meminta pengguna menyertai pertandingan sim kad, kononnya menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai untuk mengaburi mata orang ramai.

Sila berhati-hati.

Journalis Maya : Na

Air Soya Diludah



Peniaga air soya di kawasan Bangi ini dipecayai 'meludah' di dalam setiap bungkusan air soya dijual. 

Lokasi gerai ini dilaprokanb berhampiran Maybank Bangi, berhadapan stesyen minyak Shell.

Minta tuan siasat kedai ini. Lihat video rakaman aksi ludah makcik ini di pautan berikut

Cheese Burger Sugarbun Kurang Memuaskan

Saya membeli Cheese Burger di Sugarbun Cawangan Boulevard Miri, Sarawak dan berasa kecewa dengan perkhidmatan mereka. Pada mulanya, mereka memberikan saya burger hanya mengandungi beef tanpa cheese tetapi namanya Cheese Burger.

Atas rasa tidak berpuas hati, saya membuat aduan, menggesa burger saya ditukarkan dan saya beranggapan mungkin mereka terlupa, kesilapan tidak disengajakan. 

Ya, mereka bertindak menukar burger tebabit tetapi dengan meletakkan cheese  didapati baharu dikeluarkan dari freezer, masih sejuk dan keras. Mereka selitkan begitu sahaja ke dalam burger dan saya gigit sedikit sebelumnya. Macam inikah burger mereka? Saya rasa, stall burger di tepi jalan dapat membuat burger 10 kali lebih baik berbanding burger di Sugarbun.

Journalis Maya : Aishah FS, Miri, Sarawak

Pelajar Tahfiz Meminta Derma Lagi

Saya ingin melaporkan kegiatan pelajar tahfiz pernah menghentikan kegiatan mereka mengutip derma pada tahun lepas dan kini didapati beroperasi semula. 

Saya baru terserempak dengan sekumpulan pelajar perempuan sekitar umur  di antara  13 dan 15 tahun di Restoran R & R di Seremban, Negeri Sembilan. Pada waktu malam mereka berkumpul di hadapan surau menunggu jemaah keluar. Cara mereka meminta derma, dengan mengerumuni makcik, pakcik atau sesiapa sahaja mereka rasa boleh menghulurkan derma. Tindakan mereka itu menyebabkan pakcik dan makcik terbabit berasa serba salah dan terus menderma. Saya sempat bertanya mereka dari mana? Saya difahamkan mereka dari Sekolah Tahfiz di Lukut. Saya menyoal lagi, bukankah sekolah itu telah ditutup tahun lepas kerana saya mengikuti laporan dari berita mengatakan sekolah sama diarah menghentikan beroperasi tetapi mereka hanya tersenyum sahaja. Bila berjalan semula ke kereta, saya berasa agak bersimpati dan meyuruh anak saya bertemu mereka untuk menderma RM10. Peliknya, anak saya memberitahu, mereka langsung tidak mengucapkan terima kasih.

13 April lalu semasa makan malam di gerai di BBST, datang pula budak lelaki dengan modus operandi sama. Umurnya, 14 tahun dan dia datang ke situ dihantar ustaz untuk meminta derma.

Saya sebenarnya tidak tergamak melaporkan tetapi saya kasihan kepada  kanak-kanak saya rasa telah dieksploitasikan masa sepatutnya mereka gunakan untuk mentelaah atau melakukan kerja berfaedah. Cara mereka meminta-minta kelihatan seperti menggambarkan orang Islam suka meminta-minta sedangkan lebih baik penjaga mereka menguruskan perniagaan untuk mencari rezki tambahan.

Journalis Maya : Teacher

Dakwaan Penipuan Harga Makanan Di Restoran

Saya membaca posting di forum. Saya juga pelanggan restoran sama dan kadang-kadang saya dapati perkhidmatan dan layanan pekerja agak kurang memuaskan. Bagi saya  kejadian dialami forumer ini sewajarnya disiasat dan dipantau pihak berkuasa. Dan saya percaya, banyak lagi restoran tidak mematuhi undang-undang dalam soal mempamerkan harga makanan dan minuman atau tidak mengemaskinikan harga-harga terbabit.

Dalam kes ini, pengadu 'dirompak' beberapa ringgit, bayangkan jika perkara sama dilakukan kepada ramai pelanggan lain. 

Berikut posting asal forum.  

"Today went to dinner in MK Fatimah Restaurant. Order a Sup Tomyam, Paprik Ayam, Telur Bistik, one rice, and one drinks.

The food is served and the worker will write the price on a piece of paper for us to pay at the counter. I was shock when i see the price he wrote on the paper which is so so expensive.
Tom Yam Soup - 6.50
Paprik Ayam - 5.50
Telur Bistik - 5.50
Nasi Putih - 1.50
Neslo Ice - 2.80

I was curious so i cross check with the pricing the label on the menu sign board. Price on the board shows that

Tom Yam Soup - 5.50
Paprik Ayam - 4.50
Telur Bistik - 4.50

The other two i din check, therefore i argue with them, why u charging me a different price from your fix price. The worker told me that the sign price is old price and price had revise. I argue that they could not do this, but they insist me to pay at the new price. Damn it , i force to pay them and walk out the restaurant angrily. 

After i left i regreted why i did not request a resit . With the resit i can make a complain to the relevant authority that they charge unfair price to consumer. Anyway too late now, but i will bann this restaurant for my rest of my life. Will not revisit them even no more food available in SA." - edwinlow

Journalis Maya : Pengadu Shah Alam.

Keadilan Untuk Si Kecil (Updated)




Salam.

Jam 4 petang, Khamis 3 Ogos 2010, saya mendapat panggilan daripada pengasuh anak saya, Muhammad Mukhlis Hakim, ketika itu berusia 3 bulan, menyatakan bahawa bayi saya terjatuh di dalam bilik air dan mengalami bengkak kaki.

Saya ketika itu sedang bekerja, menghubungi suami dan bergegas pulang terus ke rumah pengasuh. Sewaktu tiba di rumahnya, bayi saya sedang menangis di dalam buaian dan semasa diangkat bapanya, jelas terdengar bunyi 'sesuatu'.

Kami kemudian mengejarkan bayi ke Hospital Banting, Selangor dan selepas X-Ray dibuat, tulang paha bayi didapati patah secara spiral. Bayi kami segera dihantar ke Hospital Klang dan di hospital, doktor memaklumkan bahawa tidak mungkin tulang terbabit boleh patah dan berpusing jika setakat terjatuh di bilik air. 

Suami saya tidak berpuas hati, kembali ke rumah pengasuh pada hari Sabtu dan bertanya secara telus berhubung kejadian. Suami bertegas mahu melihat di mana tempat bayi itu didakwa terjatuh dan bagaimana dia terjatuh. 

Akhirnya, pengasuh mengaku bahawa dia sendiri sebenarnya telah mematah dan memulas kan paha bayi saya dengan alasan bayi meragam dan merengek. Dia juga mengatakan bahawa semasa kejadian, dia tertekan dan tidak dapat berfikir.

Laporan polis telah kami buat di Balai Polis Banting, kes disiasat Inspektor Khairul Azizi dan juga difailkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Banting, seliaan Puan Rizalina.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada perkembangan kes dan kami hanya disuruh menunggu sahaja. Pihak polis mengatakan mereka telah menyiasat dan pengasuh telah mengaku tetapi mengapa tiada tindakan mahkamah dilaksanakan? 

Saya masih lagi bertembung dengan pangasuh terbabit dan menyakitkan hati, dia masih boleh tersenyum ke arah saya seolah-olah dia tidak bersalah!

Saya cuba membuat aduan di Talian Nur tetapi pegawai Talian Nur kata, rujuk  kepada Puan Rizalina semula. Puan Rizalina pula berkata, dia sudah selesai menyiasat kes terbabit.

Saya tidak tahu siapa meunggu siapa atau apa ditunggu lagi!

Journalis Maya : Puan  Dee.

Kemaskini

Jam 9 pagi, 18 April 2011 saya telah menghubugi Pegawai Penyiasat kes dan dimaklumkan beliau masih menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat pertuduhan terhadap saspek.

Kes disiasat mengikut Sekyen 31 Akta Kanak Kanak 2001.

Beliau memohon maaf atas kelewatan berlaku.

Selasa, 5 April 2011

Penipuan Melalui Emel

Nama Journalis Maya: Usez

Baru baru ini  saya menerima e-mail dari pihak yang rasanya menipu atau penipu. Atas rasa ingin melihat sejauh mana penipuan itu akan dilanjutkan maka semua email tersebut telah dibalas dan sekarang sedang menunggu hadiah yang akan dihantar katanya.

Walau bagaimana pun setiap email yang dihantar telah pun diforwardkan ke

http://usezworkshop.blogspot.com/2011/03/binatang-nih-dah-mula-nak-jual-minyak.html
http://usezworkshop.blogspot.com/2011/03/agak-agak-apa-binatang-nih-nak-hantar.html
http://usezworkshop.blogspot.com/2011/03/ini-pun-sama-jugak.html
http://usezworkshop.blogspot.com/2011/03/sapa-ada-gambar.html
http://usezworkshop.blogspot.com/2011/03/apa-kata-layan-je-dulusapa-nak-tuh-dia.html
http://usezworkshop.blogspot.com/2011/03/perghnak-menipu-lagi.html.

Harap mendapat pandangan pembaca berhubung tindakan seterusnya harus saya ambil.

Pendatang Tanpa Izin

Nama Journalis Maya: Perihatin

Sebuah kilang di Kg Koskan Rawang, Selangor dipercayai menggajikan pekerja asing tanpa izin yang jumlahnya melebihi 100 orang.

Diharap pihak tuan adakan siasatan dengan lebih terpeinci.Kerana ada pekerja di syarikat itu yang mempunyai pertalian denga orang berkerja sebagai angota polis . Jika maklumat siasatan nanti terbocor mereka akan keluarkan pekerja asing itu terlebih dahulu. Harap maklum.

Mencari Ibu Kandung


Nama Journalis Maya: Zaini Zaa


Laporan aduan:: HULU KELANG, SELANGOR: Seorang lelaki Baharuddin Jamari, 50 tahun dari Hulu Kelang, penjaga sementara bayi perempuan berusia empat bulan, merayu kerjasama orang ramai membantunya mengesan seorang wanita yang disyaki ibu kandung kepada bayi  yang dikenali sebagai Elisa, 33, wanita Indonesia yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu rumah.

Sehubungan itu, beliau berharap wanita tersebut dapat menghubunginya kerana bayi comel itu sangat merinduinya.

Elisa kali terakhir diketahui berada di Petaling Jaya, Selangor juga di harap segera kembali kepangkuan bayi tersebut bagi urusan hak penjagaan.

Baharuddin boleh dihubungi 013-2345161 atau menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak (JKM Gombak), Shaiful Mizi Abdul menerusi talian 03-61857931/03-61858931 untuk maklumat lanjut.