Zone A (Bonus)

Rabu, 20 April 2011

Ini Bukan Hospital!

Saya sedang menonton rancangan Bersama Mu di TV3 berhubung kisah Sindrom Down.

Secara tiba-tiba, teringat peristiwa berlaku 3 minggu lalu.

Waktu itu saya berada di Bank Islam, Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor, melangkah wanita berbaju kurung dan bertudung, datang bersama 2 anaknya, lelaki dan perempuan.

Ketika ibu itu duduk bertemu pegawai bank bersama anak perempuannya, adik lelaki wanita itu berusia lingkungan 7 tahun bermain di hadapan kaunter.

Berulangkali dia menjerit dan duduk di atas lantai. Melihat gelagat anak itu, pantas pengawal keselamatan wanita datang menghampirinya. Dengan wajah masam, anak kecil itu disuruh  diam tetapi dia masih menjerit.

"Jangan bising!," marah pengawal keselamatan.

Dia kemudian cuba menarik tangan anak terbabit tetapi dia enggan bergerak. Saya perhatikan semua kakitangan bank hanya membisu.

"Jangan bisinglah!," ulangnya.

"Hello! Ini bukan hospital, ini bank. Tak ada tulis jangam bising pun," celah saya.

Pengawal terbabit memandang saya dengan garang.

"Dia anak istimewalah. Itu pun you mahu marah? You marah sayalah, saya pun buat bising," ujar saya.

Mendengar perbualan kami, pantas kakak kepada anak itu, saya anggarkan berusia 12 tahun, menarik tangan adiknya namun dia tetap berdegil dan duduk kembali di lantai. Puas kakak cuba memujuk adiknya namun dia tidak berjaya malah rengekan anak itu semakin kuat.

Pengawal keselamatan kemudian beredar. Saya diam dan sejurus selesai urusan di bank, saya berjalan keluar.

"Dia punya emak, customer ini bank. Kalau tak ada customer, ini bank pun tak ada busines," kata saya kepada pengawal berdiri di pintu.

Pada masa sama, saya terlihat wanita berjalan di sebelah saya menangis teresak-esak. Airmata mengalir tanpa henti di pipinya membasahi tudung dipakai.

"Encik Mazidul, terima kasih sangat" ujarnya, sedih.

Saya tergamam.

Wanita itu, ibu kepada anak Sindrom Down terbabit.



Published with Blogger-droid v1.6.8

24 ulasan:

  1. saya ada anak buah istimewa. saya faham perasaan kakak saya bila anak dia buat hal tiba2. mereka boleh berada dlm dunia sendiri tiba2..

    BalasPadam
  2. perlu juga tanya pihak bank tentang bidang kuasa seorang pengawal. namun saya rasa kita tidaklah sampai satu tahap memarahi anak2 istimewa ini. mereka tidak tahu apa2.

    BalasPadam
  3. pengawal tu macam tak faham apa itu kanak kanak istimewa

    BalasPadam
  4. damn, sedih pulak aku. apsal tak tendang jek security guard tu. wait, kalau dia ada akal takkan dia keja camtu kan. sorry for my words. dulu saya ada adik down syndrome dan dia meninggal. I was with him sepanjang masa as I love him so much. Gosh, im gonna cry now.

    BalasPadam
  5. kebanyakan masyarakat tak memahami anak-anak istimewa ini. mereka cuma tau mengeji dan mencaci. kecian mereka ini.

    BalasPadam
  6. tahniah saudara mazidul... susah nak dapat org yg memahami mcm saudara... dan juga amat sukar nak dapat org yg berani menegur.. juga seperti saudara...

    BalasPadam
  7. nasib baikada encik mazidul ..kesia si ibu tu..

    BalasPadam
  8. saya ada adik yg mcm nih tp atleast setakat nih takder org nak marah2 dier kalo kuar mane2 pon..siap layan elok2 lg..kalo ader org buat camtuh kat adik aku mau aku lempangkan ajer kat situ..fahamilah golongan ini sbb derang tak memahami apa2..kite yg berakal nih tlglah berfikir dengan waras

    BalasPadam
  9. turut terasa kesedihan ibu terbabit. malam tadi pegi Alamanda Putrajaya, terjumpa dengan kanak-kanak istimewa berkerusi roda membawa haluan sendiri. tiba2 terkeluar dr mulut saya, kesiannya. rasa nak tengok dia dari jauh sebab nak tau mak bapa nya mana..:(

    BalasPadam
  10. saya pun ada seorang adek yg down syndrome. alhamdulillah kemana2 saya pergi tak pernah lagi saya mengalami kejadian yg sedemikian. semua melayannya dgn baik.

    setuju dgn pendapat 5c1d kalo ada org tiba2 je menengking adek saya mcm tu memang sampai penampo kot kat muka org tu. guna la otak ckit dorang ni bukannyer faham apa2, kita yg normal ni guna akal fikiran ckit. jgn aniaya insan2 istimewa ni sesungguhnya mereka ini adalah golongan ahli2 syurga.

    BalasPadam
  11. Salam Mazidul..

    Saya secara peribadi melalui pengalaman serupa kerana arwah adik saya,merupakan seorang kanak-kanak istemewa. Sejak saya kecil, saya dilatih oleh arwah ibu saya untuk memberi perhatian yang lebih kepada arwah adik,jangan sesekali malu nak mengaku dia sebagai adik walaupun lahirnya dia dengan keadaan yang tidak sempurna akal.

    Sewaktu arwah adik masih hidup, seringkali saya membawa adik bersiar-siar ke tempat yg sesuai. Ataupun sekiranya terpaksa,saya terpaksa bawa sekali adik saya untuk urusan2 rasmi di bank, pembayaran bil,membeli-belah dah sebagainya, kerana saya tak berani langsung untuk meninggalkannnya sendrian di rumah.

    Apa yang saya kesal, pandangan masyarakat terhadap adik saya yang terencat akal, seolah-olah hina sangat kedudukan dia. Ya lah, dengan memek muka yang tersengih-sengih,air liur yang meleleh,selalu menjerit dengan tiba-tiba,saya akui hal ini agak menjengkelkan, tetapi bukan salah mereka,bukan kehendak mereka. Adik saya yang tidak mampu berfikir dengan baik seringkali menjadi mangsa kemarahan orang ramai yang kononnya berakal tetapi fikiran entah diletak di mana.

    Pernah juga saya menyaksikan sendiri, seorang ibu yang memarahi dan menampar anaknya yang down syndrome apabila anaknya tu tekan mesin angka giliran banyak-banyak kali sehingga terkeluar banyak pulak nombor giliran dek kerana anaknya yang dah gembira tengok kertas keluar,seolah-olah mainan bagi dia. Hati saya cukup tersentuh,cukuplah sekadar memarahi untuk menunjukkan bahawa perbuatan mereka salah, tetapi sehingga menampar mereka,saya tidak rasa itu satu perbuatan yang patut. Jika di khalayak ramai pun ibunya boleh menampar mcm tu,saya tak tahu mcmana keadaan nya pulak kalau di rumah.

    Saya memang agak sensitif bila berkenaan dengan anak down syndrome kerana pengalaman sendiri membesar bersama arwah adik, dia insan yang istemewa. Ustaz selalu gelar dia "ahli syurga" sampai adik saya selalu sengih2 dengar gelaran tu.

    Saya tahu dia tak pernah faham,tak sempurna, tp kedudukan mereka sangat mulia di sisi Allah SWT yang menjanjikan syurga untuk orang seperti mereka.

    Terima kasih Mazidul kerana highlight perkara seperti ini. Saya harap dunia luar sana mengerti betapa anak-anak ini mewarnai kehidupan orang biasa seperti saya.

    Untuk makluman, arwah adik saya terencat akal telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu dan sehingga kini saya masih ingat semua keletah nya yang menghiburkan,walaupun kesabaran kita adakalanya teruji tp jgn jadikan alasan untuk menyisihkan golongan seperti ini.

    Salam,
    Aishah.
    Miri,Sarawak.

    BalasPadam
  12. Biasanya saya tak tengok Bersama Mu yang memaparkan kesusahan anak-anak kecil, hati mudah tersentuh, mata mudah berair, tapi kederat tak mampu nak memberi kebahagian secukupnya. Sekadar cukup untuk buat mereka tersenyum.

    BalasPadam
  13. Menanges saya baca ni..
    Kurang ajar betul security guard tu!

    BalasPadam
  14. Tahniah BRo Mazidul, teguran itu tepat pada masanya. Jarang kita dapat lihat orang kebanyakan menbuat teguran seperti ini, tapi alhamdulillah, masing ada orang2 yg prihatin, seperti Bro. Teruskan sifat murni ini.

    BalasPadam
  15. terima kasih encik mazidul....:)

    BalasPadam
  16. sedihnya.. bergenang air mata kalau berlaku pada kita. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    Terima kasih en mazidul..

    BalasPadam
  17. saya harap saya boleh jadi seberani tu~

    BalasPadam
  18. guard tu lupa pendeposit duit le pembayar gaji sebenar diorg bukan bank tu sendiri atas dasar dia menjaga keselamatan tempan pendeposit tu simpan wang...am i right?yup indeed

    BalasPadam
  19. sepatutnya pengawal itu lebih berhati perut.
    mmng dia boleh menegur , ttp sepatutnya dgn cara yg lebih berhemah.

    kita tahu dia bekerja , ttp dia patut melihat anak itu dan diri dia disitu, jdnya dia tidak akan belagak utk menegur orng , yg beliau rasa lebih rendah derjatnya dr dia .

    wallahualam.

    BalasPadam
  20. Saya minat menonton rancangan 999, tapi sayang tv takda butang like facebook...

    Tapi sekarang, saya naik minat baca blog ni, tapi sayang takda butang like facebook. Kalau tambah butang tu boleh?

    BalasPadam