Zone A (Bonus)

Ahad, 17 April 2011

Cheese Burger Sugarbun Kurang Memuaskan

Saya membeli Cheese Burger di Sugarbun Cawangan Boulevard Miri, Sarawak dan berasa kecewa dengan perkhidmatan mereka. Pada mulanya, mereka memberikan saya burger hanya mengandungi beef tanpa cheese tetapi namanya Cheese Burger.

Atas rasa tidak berpuas hati, saya membuat aduan, menggesa burger saya ditukarkan dan saya beranggapan mungkin mereka terlupa, kesilapan tidak disengajakan. 

Ya, mereka bertindak menukar burger tebabit tetapi dengan meletakkan cheese  didapati baharu dikeluarkan dari freezer, masih sejuk dan keras. Mereka selitkan begitu sahaja ke dalam burger dan saya gigit sedikit sebelumnya. Macam inikah burger mereka? Saya rasa, stall burger di tepi jalan dapat membuat burger 10 kali lebih baik berbanding burger di Sugarbun.

Journalis Maya : Aishah FS, Miri, Sarawak

2 ulasan:

  1. Aduhai... kesiannya.

    Takpa, saya nak rekmen satu stall burger yang sedap lagi enak lagi popular.

    Betul-betul berdepan dengan 7-Eleven Pandan Jaya, yang bertahan bertahun-tahun (tokey dia sampai boleh naik Haji).

    Popular sehingga ramai pembeli dari luar area Pandan pun datang cari.
    Sampai 2,3 pagi pun masih steady rancak berniaga.
    Cuba ler...

    *iklan ikhlas, tokey tu tak kenal saya pun.

    BalasPadam
  2. sb tulah sugarbun banyak dah tutup..

    BalasPadam