Zone A (Bonus)

Selasa, 19 April 2011

Warga Afrika Diberkas

Jam 2.30 petang tadi, warga Afrika disyaki terbabit dalam kes penipuan menggunakan internet diberkas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman berhampiran Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Saspek dilaporkan pelajar institusi pengajian tinggi swasta dan meronta kuat ketika diberkas.

Saya dalam perjalanan ke satu lagi lokasi.

Will update later.
Published with Blogger-droid v1.6.8

1 ulasan:

  1. kebanjiran rakyat africa di negara ini sudah di tahap yang membimbangkan lebih-lebih lagi di kawasan KL. saya berpendapat pihak universiti yang mengambil pelajar antarabangsa semata-mata bertujuan meningkatkan statistik pelajar antarabangsa yang kemudiannya dikaitkan dengan pencapaian universiti tersebut kerana mempunyai pelajar antarabangsa perlu bertanggungjawab dengan kebanjiran 'pelajar' afrika di malaysia. apa yang saya tahu melalui perbincangan dengan rakan-rakan, mereka yan mendaftar sebagai pelajar ini menggunakan status mereka untuk membawa masuk rakan-rakan lain dan kemudiannya membentuk satu kumpulan yang akhirnya melakukan pelbagai jenis penipuan termasuklah nigerian scam, black money etc, dan saya juga sering membaca didada akhbar mereka ini akan melakukan keganasan dalam keadaan mabuk. Mungkin sudah sampai masanya pihak imigresen dan kementerian pengajian tinggi membuat garis panduan yang lebih ketat berkenaan pengambilan antarabangsa ini, suapaya dapat mengawal kebanjiran pelajar asing di negara ini. Kita tidak mahu malaysia ini menjadi lubuk emas bagi mereka untuk melakukan jenayah.

    BalasPadam