Salam.
Jam 4 petang, Khamis 3 Ogos 2010, saya mendapat panggilan daripada pengasuh anak saya, Muhammad Mukhlis Hakim, ketika itu berusia 3 bulan, menyatakan bahawa bayi saya terjatuh di dalam bilik air dan mengalami bengkak kaki.
Saya ketika itu sedang bekerja, menghubungi suami dan bergegas pulang terus ke rumah pengasuh. Sewaktu tiba di rumahnya, bayi saya sedang menangis di dalam buaian dan semasa diangkat bapanya, jelas terdengar bunyi 'sesuatu'.
Kami kemudian mengejarkan bayi ke Hospital Banting, Selangor dan selepas X-Ray dibuat, tulang paha bayi didapati patah secara spiral. Bayi kami segera dihantar ke Hospital Klang dan di hospital, doktor memaklumkan bahawa tidak mungkin tulang terbabit boleh patah dan berpusing jika setakat terjatuh di bilik air.
Suami saya tidak berpuas hati, kembali ke rumah pengasuh pada hari Sabtu dan bertanya secara telus berhubung kejadian. Suami bertegas mahu melihat di mana tempat bayi itu didakwa terjatuh dan bagaimana dia terjatuh.
Akhirnya, pengasuh mengaku bahawa dia sendiri sebenarnya telah mematah dan memulas kan paha bayi saya dengan alasan bayi meragam dan merengek. Dia juga mengatakan bahawa semasa kejadian, dia tertekan dan tidak dapat berfikir.
Laporan polis telah kami buat di Balai Polis Banting, kes disiasat Inspektor Khairul Azizi dan juga difailkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Banting, seliaan Puan Rizalina.
Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada perkembangan kes dan kami hanya disuruh menunggu sahaja. Pihak polis mengatakan mereka telah menyiasat dan pengasuh telah mengaku tetapi mengapa tiada tindakan mahkamah dilaksanakan?
Saya masih lagi bertembung dengan pangasuh terbabit dan menyakitkan hati, dia masih boleh tersenyum ke arah saya seolah-olah dia tidak bersalah!
Saya cuba membuat aduan di Talian Nur tetapi pegawai Talian Nur kata, rujuk kepada Puan Rizalina semula. Puan Rizalina pula berkata, dia sudah selesai menyiasat kes terbabit.
Saya tidak tahu siapa meunggu siapa atau apa ditunggu lagi!
Journalis Maya : Puan Dee.
Jam 9 pagi, 18 April 2011 saya telah menghubugi Pegawai Penyiasat kes dan dimaklumkan beliau masih menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat pertuduhan terhadap saspek.
Kes disiasat mengikut Sekyen 31 Akta Kanak Kanak 2001.
Beliau memohon maaf atas kelewatan berlaku.
Kemaskini
Jam 9 pagi, 18 April 2011 saya telah menghubugi Pegawai Penyiasat kes dan dimaklumkan beliau masih menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat pertuduhan terhadap saspek.
Kes disiasat mengikut Sekyen 31 Akta Kanak Kanak 2001.
Beliau memohon maaf atas kelewatan berlaku.
Sedihnyaaa... apalah malang. Semoga apa yang terjadi mendapat keadilan sewajar, dan menjadi pengajaran.
BalasPadamJangan emosi diikut, anak kecil menjadi mangsa.
luluh hati membaca..apattah lagi mengalaminya..
BalasPadamgo and fight for your rights, Pn Dee..semoga Allah bersamamu..insya Allah
arghhhh geramnya!
BalasPadamgila punya pengasuh
BalasPadamini pengasuh psycho ni.. bahaye ni...
BalasPadamtergamak sungguh pengasuh berkenaan. apalah daya baby tu. semoga baby dapat keadilannya & pengasuh patut dihukum sbg pengajaran..
BalasPadamsemua nak lepas tangan...
BalasPadamtak guna ada TALIAN NUR...
Kalau rasa diri tak sesabar mana untuk melayan kerenah bayi, jangan la ambil tanggungjawab untuk mengasuh bayi. Cuba patah dan pulas bayi dia pulak, apa dia rasa?
BalasPadamMemang tak amanah... Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya...
yaallah... apa punya manusia la pengasuh itu.... bayi yang tidak berdosa diperlakukan begitu.....
BalasPadamkenapa lamabt ambil tindakan? Aug 2010 kejadian berlaku.. April 2011 baru NAK TUNGGU arahan? gile lembap!! yg pengasuh tu ade gangguan jiwa kot..
BalasPadamgila!
BalasPadammaaf, semoga allah lindungi puan sekeluarga..
BalasPadamsaya kira tidak wajar saya mengulas apa yang telah dilakukan pengasuh,itu antaranya dengan tuhan dan ianya tidak dapat mengubah apa yang telah berlaku...
namun, saya kira perkara ini perlu dibawa ke muka pengadilan...jika salah, hukuman setimpal perlu dikenakan...
mengapa agensi kerajaan berkaitan mengambil masa hampir sembilan bulan hanya untuk menyiapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dibuat...
kes bukannya memerlukan penyiasatan yang amat menyulitkan...dan juga mungkin tidak memerlukan penglibatan banyak pihak dalam menyegerakan kertas siasatan...
mungkin boleh dicadangkan agar perkara ini dibawa ke pengetahuan pegawai kanan kerajaan berikut:
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Peguam Negara
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
agar perkara ini dapat diberikan segera dan bukan diambil mudah oleh mana-mana pegawai. Bukankah Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?
Untuk memudahkan urusan, sila emel sahaja entry puan ini kepada alamat berikut:
sidek@pmo.gov.my
abubakar.kppa@jpa.gov.my
ag@agc.gov.my
hadzir@jkm.gov.my
noorul@kpwkm.gov.my
saya yakin, proses menunutut keadilan puan dapat disegerakan...saya telah memperolehinya, walaupun kecil, hak tetap hak...
semoga berjaya..
apa kata hukumannya ialah dipulas dan dipatah plak kaki pengasuh tu.
BalasPadamSalam.
BalasPadamTerima kasih kepada semua yang mendoakan.
Terima kasih kepada En.Mazidul, kerana dengan bantuan Tuan, akhirnya kes ini pecah kebuntuannya.
Semoga kes diadili sewajarnya. Insya Allah.
Terima kasih sekali lagi.
Puan Dee
Saya terasa macam nak aje upah org bunuh babysitter tu. Tapi sebelum tu kita pulas2 tulang paha dan kaki dia dulu. Last baru pulas tengkuk dia. Geram betol lah!
BalasPadamkalau kene kat anak aku, aku pun nak gak pulas kaki die..x pun g patahkan kaki die ngn kayu hok..baru puas hati..budak kecik 3 bulan die g pulas kaki wat pe..biar die rase plak bila kita patahkn kaki die..aku ase pengasuh ni dah gila boar la...pasal emosi sikit g pulas kaki budak..budusss...
BalasPadamSalam semua.
BalasPadamWartawan 999 akan menemubual Ketua Polis Daerah Kuala Langat hari ini, 21 April untuk merakamkan kenyataan beliau berhubung perkembangan terkini kes.
Saya difahamkan, suspek telah ditahan polis.
Apapun, maklumat selanjutnya akan saya kemaskini untuk dikongsi bersama pembaca.
Puan Dee,
BalasPadamGlad to help.
Thanks.
Geram sangat2 nih! manusia kejam..takdak hati perut..kalo tak boleh sabar melayan keranah anak2 kecil..buat apa ambil upah mengasuh...kesian baby kecik ni....berat mata memandang berat lagi bahu memikul...
BalasPadamSaya bukan nak menyalahkan sesiapa..
BalasPadamtapi cuma terkilan dengan sikap sesetengah ibu bapa itu sendiri didalam memainkan peranan untuk memilih tempat asuhan anaknya selama 8 jam sehari, 5 kali dalam seminggu/ 20 hari dalam sebulan blablabla dlm setahun....?? dimanakah anak anda banyak meluangkan masa??
ini bermakna sang ibu bapa itu sendiri haruslah memilih tempat yang sesuai untuk anaknya...
adakah taska yang berdaftar ataupun taska haram yang berada dimana2 ataupun yg paling membimbangkan bagi saya menghantar/mencampakkan (tepaksa guna perkataan mencampakkan kerana ibu bapa ini memang tidak sayangkan anaknya)anak kpd pengasuh persendirian dirumah2 (kebiasaannya surirumah tangga) yang tidak mendapat latihan yang secukupnya? adakah anda tidak terfikir bahawa sang suri rumah ini bersendirian dirumah dan mahu menguruskan hal rumahtangganya juga? sang surirumah ini juga perlu memasak, perlu mengemas rumah, perlu melayan anaknya sendiri, perlu membasuh baju dan sebagainya?? berbanding dengan taska haram pula, sekurang2nya walaupun tidak mendapat latihan dan diiktiraf JKM, mereka secara 'pro' mempunyai tenaga kerja yang diupah semata2 hanya membuat kerja sebagai pengasuh ....sekurang2nya..tetapi dek kerana tidak mengikut nisbah (1:5) - nisbah bayi kepada pengasuh yang ditetapkan JKM, terjadi juga kejadian yang tidak diingini kepada anak kecil yang tidak berdosa ini...
sepatutnya pn dee masih boleh menarik nafas lega walaupun mungkin pn dee sendiri pernah membaca akhbar tentang nahas yang megakibatkan maut di taska haram mahupun di rumah pengasuh yang menjadi2 pada tahun 2010 yang lalu, tetapi yelah kata org tidak kena pada batang hidung sendiri mungkin tidak ambil peduli sebab yang kena tu anak orang bukan anak sendiri..
bila terjadi sesuatu, maka bermulalah episod saman menyaman (walaupun jiran akrab sebagai pengasuh)dan pelbagai lagi episod...
oleh itu.. kita sebagai ibu bapa, haruslah menyiasat, membuat perbandingan dan carilah taska yang terbaik (bedaftar-mita khidmat JKM untuk menentkan samada taska berdaftar atau tidak)untuk anak-anak kita, dan yang paling afdal,buat sang isteri, berhentilah kerja dan jagalah anak anda sendiri dirumah dan luangkan lah masa bersama anak anda....
wasalam...
Suspek kes ditahan polis pada 19 April, maklumat saya perolehi daripada Pegawai Penyiasat.
BalasPadamTemubual wartawan 999 bersama Ketua Polis Daerah Kuala Langat ditangguhkan ke 25 April dan kes ini akan dipaparkan pada 28 April 2011.
Akhirnya....semoga adik Mukhlis mendapat keadilan yang sewajarnya....
BalasPadam