Zone A (Bonus)

Ahad, 17 April 2011

Pelajar Tahfiz Meminta Derma Lagi

Saya ingin melaporkan kegiatan pelajar tahfiz pernah menghentikan kegiatan mereka mengutip derma pada tahun lepas dan kini didapati beroperasi semula. 

Saya baru terserempak dengan sekumpulan pelajar perempuan sekitar umur  di antara  13 dan 15 tahun di Restoran R & R di Seremban, Negeri Sembilan. Pada waktu malam mereka berkumpul di hadapan surau menunggu jemaah keluar. Cara mereka meminta derma, dengan mengerumuni makcik, pakcik atau sesiapa sahaja mereka rasa boleh menghulurkan derma. Tindakan mereka itu menyebabkan pakcik dan makcik terbabit berasa serba salah dan terus menderma. Saya sempat bertanya mereka dari mana? Saya difahamkan mereka dari Sekolah Tahfiz di Lukut. Saya menyoal lagi, bukankah sekolah itu telah ditutup tahun lepas kerana saya mengikuti laporan dari berita mengatakan sekolah sama diarah menghentikan beroperasi tetapi mereka hanya tersenyum sahaja. Bila berjalan semula ke kereta, saya berasa agak bersimpati dan meyuruh anak saya bertemu mereka untuk menderma RM10. Peliknya, anak saya memberitahu, mereka langsung tidak mengucapkan terima kasih.

13 April lalu semasa makan malam di gerai di BBST, datang pula budak lelaki dengan modus operandi sama. Umurnya, 14 tahun dan dia datang ke situ dihantar ustaz untuk meminta derma.

Saya sebenarnya tidak tergamak melaporkan tetapi saya kasihan kepada  kanak-kanak saya rasa telah dieksploitasikan masa sepatutnya mereka gunakan untuk mentelaah atau melakukan kerja berfaedah. Cara mereka meminta-minta kelihatan seperti menggambarkan orang Islam suka meminta-minta sedangkan lebih baik penjaga mereka menguruskan perniagaan untuk mencari rezki tambahan.

Journalis Maya : Teacher

3 ulasan:

  1. Setuju dengan pendapat di perenggan akhir.

    Masih banyak sekolah-sekolah (swasta) begini yang berusaha sendiri, samada menjalankan perniagaan kecil utk mendapatkan dana, dgn usaha gigih tenaga kerja sekolah.

    Jauh lebih baik dari menggunakan kanak-kanak/murid-murid.

    tapi segelitir inilah yang biasanya memberikan gambaran sama kepada yang tidak terlibat.

    BalasPadam
  2. Setuju..perniagaan adalah langkah yg lebih baik drpd menadah tangan meminta2..

    saya pernah mengalami pengalaman diserbu pelajar2 ini di RNR Seremban. Dengan keadaan masa terhad untuk menunaikan solat dan seterusnya menghadiri meeting..setelah diminta, dan menolak secara baik..disindir mereka "alah tgk muka pun dah tau takkan menderma". terkejut sbb kata2 tidak menggambarkan imej mereka.

    dan tertanya2 dimana penjaga mereka dan bukankah sepatutnya di masa2 tersebut tugas mereka adalah duduk di kelas dan mengikuti pembelajaran dan bukan berpeleseran menadah tangan yg sedikit sbyk merosakkan imej agama.

    BalasPadam
  3. Rasanya semua orang pernah berhadapan dengan situasi yang sama. Banyak kali saya jumpa budak2 macam ni. Contohnya saya pernah bertemu seorang budak lelaki di KFC, JJ Wangsa Maju minta derma untuk sekolah agamanya di Kedah. Menurutnya, cikgu sekolah tersebut telah menghantar dia dan rakan2 lain (di tempat lain) di waktu pagi dan akan mengambil mereka apabila pusat membeli belah tersebut hampir tutup.

    Katanya, cikgu tersebut hanya memberi sedikit wang yang mana cukup2 untuk membeli makanan. Bila saya tanya dia makan apa pada hari itu, dia hanya menjawab air mineral dan roti. Saya telah memberinya duit tapi saya nyatakan dengan tegas bahawa duit itu untuk dia membeli makanan, bukan untuk derma sekolahnya. Pelawaan saya mengajaknya makan ditolak dengan bersungguh-sungguh. Mungkin dia telah diberi amaran untuk tidak makan dengan sesiapa pun. Silapnya saya tidak mengambil no. telefon sekolah terbabit yang tertulis pada resit yang dibawanya. Katanya lagi, pihak sekolah telahpun memaklumkan ibu bapa mereka tentang tujuan mereka datang ke KL. Tak tahu la betul ke tidak.

    Jadi, saya mohon ibu bapa yang mempunyai anak2 di asrama sebegini, pantaulah kegiatan 'kokurikulum' sekolah tersebut. Mana tau anak kita salah seorang daripada budak2 ni.

    Semoga anak2 seperti ini dilindungi Allah selalu.

    BalasPadam