Saya pernah menyertai sekumpulan anak muda memasuki banglo tinggal dikatakan milik penjenayah terkenal sudah meninggal dunia.
"Ada benda terasa macam menjentik dan mengusik telinga aku," bisik seorang daripada mereka.
Suasana di dalam banglo, gelap dan terasa amat dingin tetapi peluh merecik di dahi ketika saya menyapu kepala dengan tangan.
Hati berdebar, jantung berdegup semakin kencang.
Terfikir, apa sebenarnya ditakutkan? Entiti tidak dapat dilihat?
Apapun jenis entiti itu, tidak pernah tercatat dalam sejarah, dia mampu mencederakan manusia kecuali manusia sendiri.
Bukit Putus, Negeri Sembilan pernah melakarkan sejarah, entiti tidak dikenali tiba-tiba menjelma di tempat duduk belakang kereta. Terkejut, pemilik kenderaan mendakwa bagaikan
memandu di lorong di selubungi cahaya putih tebal. Tebing di kedua belah jalan, tidak kelihatan.
"Saya pengsan, bila tersedar rupanya kereta dah jatuh gaung. Jari tangan saya putus terkena serpihan cermin kereta," kata mangsa terbabit.
Mangsa terperanjat, kenderaann dipandunya hilang kawalan dan dia terbabit dalam peristiwa bakal terpahat di dalam memorinya sehingga ke akhir hayat.
Adakah entiti didakwa muncul itu memutarkan stering kereta sehingga terbabas? Tidak. Adakah jarinya dipotong entiti sama? Juga tidak. Dalam erti kata lain, entiti itu tidak terbabit secara fizikal menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
Berbanding entiti tidak dapat dilihat, manusia lebih ganas dan sanggup bertindak di luar batasan perundangan.
Manusia memukul manusia.
Manusia menikam manusia dan manusia juga menembak manusia lain sehingga mengakibatkan kecederaan parah dan kes kehilangan nyawa.
Lazimnya, penjenayah terlepas dari tindakan undang-undang berhubung kes jenayah berat akan berasa bangga. Mereka dianggap hero di kalangan penjenayah lebih muda. Kisah 'kehebatan' mereka menjadi buah mulut.
Manakala penjenayah berjaya diberkas polis dan sabit kesalahan membunuh contohnya akan berhadapan hukuman digantung sampai mati, mandatori.
Melaui sejarah, kita melihat, sebelum mati, majoriti cuba bertaubat sewaktu dipenjara Memohon ampun kepada Allah di atas kesilapan masa lalu. Barangkali niat bertaubat itu datang dari hati luhur kerana menyesali perbuatan kejam masa lampau. Mungkin juga niat itu didorong berikutan kekurangan kegiatan boleh dilakukan di dalam penjara.
Sepanjang kerjaya saya sebagai wartawan, berulang kali saya melihat penjenayah. Kebanyakkan mereka bergari. Biarpun gari itu hanya seperti gelang stainless steel besar tetapi alat sama membataskan pergerakan manusia. Tiada keegoan, tiada senyuman dan tiada semangat singgah di hati mereka lagi.
Bergari, mereka sukar makan. Bergari, mereka sukar menghisap rokok. Bergari, mereka sukar untuk ke bilik air.
Inikan pula jika dipenjara. Setiap pergerakan banduan terhad. Masa mereka dihabiskan antaranya merenung dinding simen tebal dan siling. Di dalam ruang kecil sama dilengkapkan tandas tidak terjamin kebersihan. Di situ mereka tidur, di situ juga mereka membuang air kecil dan besar.
Azab tidak terkira.
Hemat saya, jka semua manusia berpengalaman dipenjara, pasti mereka cuba untuk tidak disumbat ke ruang sama.
... sekaligus enggan terbabit dalam kegiatan jenayah.
Terbaru, 9 April lalu, saya dipukul sewaktu menjalankan tugas. Kes terbabit masih disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Lewat petang Khamis, 21 April lalu, suspek sama, berusia 31 tahun dilaporkan diberkas polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Perak.
Sejumlah cakera optik dirampas di kedai pernah diserbu dan diperiksa lebih 60 kali pihak berkuasa berbeza. Malah diberitakan polis turut memeriksa rumah suspek.
Turut ditahan, teman wanitanya, warga Indonesia dikatakan sedang mengandung 3 bulan dan pekerja premis menjual bahan cetak rompak di kedai bersebelahan.
It is all about karma.
Alhidayah dan Al insiden dalm kehidupan
BalasPadamHairan.. kenapa ada orang yang tidak serik2 menjadi penghuni penjara...
BalasPadam