Zone A (Bonus)

Ahad, 24 April 2011

Ditipu Si Bankrap

Salam Mazidul

Saya telah ditipu orang berstatus bankrup sebanyak lebih 30 ribu ringgit dalam satu urusniaga melalui perjanjian sah dan ditandatangani bersama setahun lalu. 

Laporan polis telah dibuat tetapi pihak polis enggan menyiasat kes ini dan mengklasifikasikan sebagai kes sivil. Dari segi sivil pula, tiada apa dapat dilakukan memandangkan penipu ini berstatus bankrap. 

Walaupun bankrap, penipu ini masih lagi menjalankan perniagaan dan menjaja dokumen palsu untuk menipu orang lain. Penipu ini seolah-olah kebal dari sudut undang-undang kerana status bankrapnya.

Antara tujuan laporan polis dibuat adalah untuk mengelak daripada mengambil tindakan sendiri dan seterusnya mengelak  melakukan jenayah.

Diharap Mazidul dan pengikut blog ini dapat membantu menyumbang pendapat untuk menyelesaikan perkara ini.

Sekian.

Journalis Maya : Kena Tipu

12 ulasan:

  1. Ada dua pihak. Pendapat boleh dijadikan sempadan mencari kelemahan lawan. SAMA ada lawan baik atau lawan tak baik. Dapatkan nasihat
    Biro bantuan guaman

    BalasPadam
  2. jika penipuan tidak melibatkan urusniaga perniagaan/syarikat, perlu buat aduan kepada Ketua Pengarah Insolvensi

    jika penipuan melibatkan perniagaan/syarikat, kindly report to SSM (my husband was the PO there)

    harap ia membantu :)

    BalasPadam
  3. Baru nak kata. Yes, do what kinna is saying. Jangan lupa biro pengaduan MCA.

    BalasPadam
  4. Tampal wajah wanted di balairaya.masjid,dan sewaktunya niat, supaya tiada mangsa kedua.
    Bukan soal buka aib orang, ini soal tak pernah insaf.

    BalasPadam
  5. setuju dngan zeqzeq... tampilkan wajahnya supaya dapat memberi ingatan kepada orang lain

    BalasPadam
  6. kite bakor je..gambor dio..hehehe

    BalasPadam
  7. Org cenggini takkan serik selagi dia x kena. Tak kira la kena tangkap ke apa. hati kering org ni! Say sgt setuju dgn cdangan2 di atas untuk rujuk mslh ni kpd pihak berkuasa. Cuba lagi, mana tau kali ni diambil tindakan dgn pantas pulak kan. Dan jgn lupa update yer, boleh tau perkembangan terkini.

    BalasPadam
  8. Apa penipuan yang telah dilakukan? Harap dapat beri maklumat lanjut berkenaan "urusniaga" yang dimaksudkan. Apabila kita kata "penipuan" kita selalu terkeliru bahawa penipuan dan tertipu adalah dua perkara yang berbeza. Juga terdapat elemen cuai yang kemungkinan telah berlaku dipihak saudara/saudari. Hanya bila terdapat maklumat selengkap mungkin tentang isu ini, dapat dibuat kesimpulan berkenaan cara-cara yang boleh digunakan untuk menolong saudara/saudari. Sebelum ini saya dan rakan-rakan pernah menolong beberapa orang yang mendakwa telah tertipu dalam urusan perniagaan dan akhirnya kami dapati cuma segelintir tertipu manakala sebahagian besar cuai dalam mengkaji hal-hal yang melibatkan urusan perniagaan yang dimaksudkan. Akibat kecuaian atau kurang pengetahuan dalam urusan yang dimaksudkan maka ada sahaja individu yang membuat keputusan yang kurang tepat dan akhirnya merugikan mereka.

    tahirnisa@blogspot.com

    BalasPadam
  9. Tampalkan aje wajah sibangkrap tu apa nak risau lagipun dah memang bangkrap lagi satu kalau belajar pandai pun tapi keja asyik nak menipu baik tak payah belajar perabih duit makbapak dan duit loan bank aje buat ape..

    BalasPadam