Zone A (Bonus)

Ahad, 24 April 2011

Tuntutan Nafkah Anak

Maaf, andai aduan saya ini bukan aduan awam tetapi bersifat peribadi semata-mata tetapi saya tiada tempat mengadu lain. 

Masalah saya, penguatkuasaan nafkah anak dan saman tunggakan nafkah.

Kes saya dengan Mahkamah Rendah Syariah berlarutan selama 3 tahun, selepas itu Biro Sokongan Keluarga, BSK mengambil alih untuk menghubungi bekas suami saya supaya membayar tunggakan nafkah.

Setelah beberapa kali dihubungi BSK melaka, bekas suami saya menghadirkan diri, keputusan seperti surat dilampirkan. 


Janji hanya tinggal janji, bekas suami tidak membayar pun nafkah dan tuntutan potongan, serta tiada potongan pencen dibuat. 

BSK pula hanya berdiam diri sahaja.

Saya pula kehabisan ikhtiar untuk mengadu.

Jika pergi ke Biro Bantuan Guaman, akan mengambil masa lama manakala jika menggunakan khidmat peguam luar terlalu mahal bayaran dikenakan.

Anak-anak semakin membesar, memerlukan kos perbelanjaan banyak tetapi mengapa bekas suami mengambil sambil lewa sahaja. Di manakah perasaan kemanusian dia?

Sekian, terima kasih.

Journalis Maya: Ala Har

3 ulasan:

  1. knape kalau hal2 nak bayar nafkah nih mcm hampeh je? bayar ke tak bayar ker tade kena tindakan pape pun. kalau tak bayar saman polis laju je kna block renew roadtax. kalau tak bayar ptptn, laju je kena potong gaji through LHDN and kena block imigresen takleh fly keluar malaysia. kalau tak bayar nafkah???

    BalasPadam
  2. tak boleh buat potongan gaji ker??

    BalasPadam
  3. Rasanya kalau buat potong gaji pun masalah kalau dia keje tak menentu. kerja kais pagi makan makan pagi mcm mana nak potong...

    Itulah hakikatnya Bidangkuasa Mahkamah Syariah kite ni duduk tempat yang kedua dalam perlembagaan mcm mana nak setanding dengan kuasa LHDN, Imigresen,JPJ.

    BalasPadam