Zone A (Bonus)

Isnin, 18 April 2011

Penjualan Terbuka VCD Haram Di Johor

Sebilangan pihak berkuasa di Johor Bahru, Johor didapati hanya menutup mata terhadap kegiatan peniaga kedai VCD haram antara lokasi dikesan, Pasaraya Kipmart Tampoi, Pasar Borang Pandan, Pasaraya Skudai Parade, kedai di Taman Impian Emas dan Uptown Jalan Segget.

Bayangkan kedai dibuka setiap hari di pasar dan pasaraya paling sibuk di Johor Bahru. Mustahil tiada penguatkuasa melalui tempat terbabit kerana mereka juga membeli belah disitu.

Pernah sekali saya melintasi kedai di dalam Pasaraya Kipmart dan melihat peniaga cakera optik tergesa-gesa menutup pintu kedai. Terdengar pelanggan bertanya kenapa? Mereka menjawab, ada operasi, nampaknya ada penglibatan orang dalam menggagalkan operasi itu.

Jika boleh sila lihat sendiri kedai- kedai ini beroperasi. Pelik, bila operasi disertai wartawan dan masuk dalam TV, semua buat kerja bungkus berbanding hari kerja biasa. 

Journalis Maya : Azman 

7 ulasan:

  1. benar abg mazidul, ia amat berkait dgn rasuah. cuma kita 'tidak mampu' kemukakan bukti. ikan bilis tetap ikan bilis. se gah mana ia, tidak mampu bersaing si ikan paus. itu realiti. kalau saya invisibile man, sy akan kemukakan bukti rasuh kes berikut :
    1. seludup minyak di border pantai timur
    2. kes perhutanan
    3. brg cetak rompak
    4. CF kebakaran bomba
    5. tender kontrak kerajaan
    6. puspakom
    7. jpj
    8. roadblock
    9. sekatan polis lima hinggit
    10. urusan tukar nama pejabat tanah...

    cukuplah 10 contoh sy beri... itu realiti... dan byk lagi...

    BalasPadam
  2. Di Johor Bahru, senario penjualan VCD haram memang berleluasa ya amat. Nak cari yang ori almost impossible sbb lambakan VCD haram ni di semua pasaraya dan hypermarket termasuk, di Smart, Pandan; Giant, Danga CityMall etc.

    BalasPadam
  3. soal VDC/CD cetak rompak ni... ssh nak selesai kalo kita duk serbu ikan2 kecil je... kalo serang bapak ikannya, maybe masalah akan dapat selesai... tapi mungkin bapak ikan tu dalam kalangan orang2 kenamaan, siapa tahu? itu hanya spekulasi kami org-org rakyat biasa... sebab masalah ni tak pernah berkurang... bertambah lagi ada.. siap buka kedai dalam shoppingmall besar lagi.mcm mana tu?

    BalasPadam
  4. yeen... mmg benar agakkan anda.. ikan paus tu, org besar2. saya nk citer lebih2 kat sini pon xleh, sbb kuar nick name saya klu post. nanti tak psl kena tangkap, soal siasat itu ini, jam omega la, video la, sabotaj la. hehhee... tp perkara ni mmg berlaku. klu ada ruang yg privacy skit, boleh la sy share....

    BalasPadam
  5. port buat dvd pirate kat skudai pun ada yang jaga line, nak buat cemana? kompeni besar yang buat dvd ori tu patut turunkan harga, kasi level dgn yg pirate. still untung jugak apa..

    orang kita memang suka layan dvd (untuk yg tak reti download movie. haha). nak beli yang ori,dengan gaji runcit-runcit memang tak la kan. haha.

    zaman sekarang nak kira cetak rompak jangan cerita pasal dvd/vcd je. pusing satu uptown cukup. silap-silap 70% dari gerai uptown tu semua barang tiruan. yg kat petaling street, rilek-rilek je diorang jual barang tiruan hari-hari.

    pada saya its all about demand and supply. selagi ada permintaan, selagi tu la barang tersebut akan still wujud.

    BalasPadam
  6. kat tempat saya jualan terbuka lagi..bukan cd biasa,yang lucah2 pun ada..tak pernah diambil tindakan pun..

    BalasPadam