Zone A (Bonus)

Selasa, 10 Mei 2011

Anjing Di Apartment

Salam encik Mazidul.

Ingin menyatakan masalah saya hadapi di apartment saya beli, Apartment Sri Ixora, Taman Sepakat Indah 2, Kajang, 1 tahun lalu. Masalah saya berkaitan penghuni memelihara anjing. 


Pemilik unit terbabit tinggal sama aras dengan saya di tingkat 6.  Saya pernah terlihat najis anjing di tempat letak kereta di tingkat sama walhal mana ada anjing liar boleh naik ke tingkat 6.  Saya juga pernah terserempak dengan pemilik anjing kebetulan membawa anjingnya berjalan-jalan di koridor laluan di tingkat 6.  Pemilik sama juga bersikap kurang ajar dan naik angin apabila saya dan ibu menegurnya berkaitan anjing peliharaan terbabit. Pemilik kemudian mencabar saya dan ibu dengan menyatakan bahawa dia mempunyai saudara-mara dalam pengurusan Apartment Ixora. Dia turut mengugut untuk memanggil kawan suaminya. Setahu saya, sesiapapun tidak dibenarkan membela haiwan peliharaan sepertimana terkandung dalam terma dan syarat apartment tersebut. 


Aduan telah dibuat banyak kali sejak akhir tahun 2010 kepada pihak pengurusan apartment. Tetapi setakat ini tiada tindakan diambil pihak mangament. Oleh itu sya mengambil keputusan untuk membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang, MPKJ pada 05/04/2011 dan penguatkuasa MPKJ datang untuk melakukan siasatan pada 13/04/2011 jam 1.50 tengahari. Berikutan itu pada 18/04/2011 saya menerima surat daripada MPKJ dan feedback diberikan MPKJ sangat meghampakan dan pada hari sama saya dan ibu kembali ke MPKJ untuk  bertanyakan apakah tindakan mereka slepas itu. Jawapan diberikan, "mereka akan membuat siasatan lagi". 


Sehingga hari ini tiada feedback dari MPKJ. Saya dicadangkan kakak saya meminta kerjasama En.Mazidul. 


Saya tidak berkesempatan ke MPKJ untuk bertanyakan masalah saya ini kerana saya dapat menjangkakan jawaban bakal diterima mungkin sekali lagi menghampakan dan tindakan MPKJ seperti melepaskan batok di tangga sahaja. Justeru itu, saya ingin meminta Mazidul agar dapat menolong. Bayangkanlah kalau anjing itu membuang najis dan air kencingnya di luar rumah kita dan tempat letak kereta.  Adakah bersih dan suci laluan di hadapan rumah dan tempat letak kereta kita orang islam ini walhal sudah termaktub dalam syarat tidak boleh membela binatang peliharaan dan pihak pengurusan memandang masalah ini sebelah mata.

Saya amat mengharapkan bantuan En.Mazidul sebelum masalah ini berlarutan dan menimpa penduduk lain.  Kerjasama tuan amat saya hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Journalis Maya: ZZ

6 ulasan:

  1. saya adalah ahli keluarga kepada si pengadu. keselamatan keluarga kami kini terancam kerana ugutan pemilik anjing tersebut yang telah mengugut untuk memanggil rakan-rakan suaminya. Adakah ini perlu Encik Mazidul? Jelas lagi nyata termaktub di dalam terma dan syarat pemilikan bahawanya tidak dibenarkan membela binatnag peliharaan. Jika semua penduduk boleh mematuhi syarat-syarat, apa kelebihan pemilik tersebut? sehingga berlagak samseng dan aduan yang di buat di MPKJ tidak diendahkan sama sekali. Malahan aduan di buat di TLS Holdings juga tidak diendahkan. Ini bererti hak kami sebagai pembeli di abaikan. Kami berharap agar pihak Encik Mazidul dapatlah kiranya untuk membantu kami menyelesaikan permasalahan ini. Ini adalah kerana kami mewakili penduduk Islam yang lain yang hak kami telah di cemari dan tidak dihormati.

    BalasPadam
  2. Bro - untuk Pengadu, buh racun dalam roti, pastu letak kat rumah dia, biar anjing tu makan.

    BalasPadam
  3. Saya tidak menyokong tindakan pemilik anjing tersebut yang bersikap sedemikian, tidak menghormati orang lain. Dia sepatutnya mengambil teguran itu sebagai satu yang positif. Tindakannya mengugut boleh diambil tindakan, laporan polis boleh dibuat, rasanya.

    Bagaimana dengan persatuan penduduk, sudahkah ZZ ajukan hal ini? Betulakah tidak boleh memelihara binatang peliharaan, seperti juga kucing di apartment itu?

    BalasPadam
  4. Memang masalah betullah kaum yang bela anjing ni.
    Kalau dia orang jogging waktu pagi bawa anjing untuk anjing tu berak dimerata tempat dan depan rumah orang.Dah jadi macam tugas hakiki waktu pagi kena buang najis anjing depan rumah.Sial betul pemilik anjing ni.

    BalasPadam
  5. laman rumah saya pulak dah jadi tpt lepak anjing liar semasa ketiadaan kami sb jiran sy suka beri makan pd menatang nih...dah buat aduan pada MPS sebahagian dah kena tangkap...yang lain masih berkeliaran..

    BalasPadam
  6. para pengulas, telah termaktub di dalam terma dan syarat pemilikan tidak dibenarkan memelihara binatang peliharaan. ini bermakna semasa membeli rumah tersebut, telah di beritahu tentang perkara ini. ibu dan ZZ telah berulang kali menyuarakan permasalahan ini kepada MPKJ dan pihak TLS Holdings Berhad tapi tidak ada tindakan lanjut yang di ambil. dan setahu saya, mana-mana apartment mahupun condominium tidak dibenarkan untuk memelihara binatang peliharaan bukan?

    BalasPadam