Zone A (Bonus)

Selasa, 17 Mei 2011

Bukan Semua Wanita Seperti Isteri Isteri Salih Yakob

Kekadang sebilangan lelaki pening memikirkan senario berikut.

Majoriti lelaki beristeri 1.

Pada masa sama, ramai juga lelaki beristeri lebih daripada 1. Mereka beristeri 2, 3 dan 4.

Bukan semua madu mampu berbaik dan hidup rukun damai seperti 3 isteri Salih Yakob. (Tahniah bang kerana bakal mengahwini isteri ke 4!)

Hakikatnya bukan semua lelaki seperti Salih dan bukan semua perempuan seperti isteri isteri Salih.

Kebanyakkan madu tidak sebulu dan sering bercakaran. Isteri pertama lazimnya tidak menyenangi kehadiran isteri kedua. Isteri kedua tidak selesa dengan kehadiran isteri ketiga. Isteri ketiga bengang dengan kehadiran isteri keempat.

Adakalanya mereka sering tuduh-menuduh.

Isteri pertama menuduh isteri kedua merampas suaminya. Isteri kedua pula menuduh isteri ketiga merampas suaminya. Pada masa sama, isteri ketiga menuduh isteri keempat merampas suaminya. 

Kalau isu rampasan suami diperkatakan, bukankah isteri kedua, ketiga dan keempat berstatus sama, perampas?

Tanya isteri kedua, mengapa dia sanggup mengahwini suami orang? Tanya isteri ketiga mengapa dia sanggup mengahwini lelaki, beristeri dua? Tanya pula isteri keempat, mengapa dia sudi dikahwini lelaki beristeri tiga?

Pelbagai jawaban akan dilontarkan.

Usah kata, keputusan membina gerbang perkahwinan HANYA berdasarkan kepada keputusan lelaki. Samada lelaki itu menipu, bijak memujuk atau kononnya kelihatan adil sebelum dikahwini, hanya faktor sampingan. Wanita dewasa dan waras harus bijak menilai maklumat sebelum berstatus madu.

... dan ingat

Pernikahan hanya berlangsung apabila dipersetujui 2 jiwa, 2 hati dan 2 manusia, tidak semestinya direstui 2 keluarga. Maksudnya keputusan untuk berkahwin juga terletak di tangan perempuan.

Kekadang kita berasa hairan, jika rumahtangga pasangan bermadu hancur berkecai, acapkali lelaki dipersalahkan. Walhal, dalam kes sebegini, bilangan wanita terbabit (sebagai madu) lebih ramai.

Mengapa tidak menuding jari sesama mereka, atas keputusan dibuat sebelum bernikah?

30 ulasan:

  1. Yang pasti, perkongsian itu sangat payah, perkongsian itu indah bila berjaya. Untuk mencapai perkongsian yang luhur, hati kena dibersihkan. Kalu penuh hasad dengki, jangan mimpi.


    *cuma nak tanya, betulkah, sebelum ini Salih pernah bercerai dengan salah seorang isterinya? Means, Salih dah pun kahwin 4 kali, kan?

    BalasPadam
  2. Alamak AA! Saya tak boleh nak menjawab soalan tu.

    BalasPadam
  3. positive thinking itulah satu daripada kuncinya.Apa yang saya boleh simpulkan ialah Salih is 'gifted'..dan hanya orang terpilh olehNYA untuk diuji,dan isteri-isterinya juga kalangan 'gifted'.Dipilih untuk diuji..

    BalasPadam
  4. BRO, saya hanya pernah terbaca, ntah gossip ntah benar. Sementelah Sdr bukan wartwan hiburan, saya faham jika BRO tidak dapat jawab. Abaikan.

    BalasPadam
  5. Salam....
    sukar untuk berkongsi kerana terlalu menyanyangi dan mencintai...namun wanita sering terlupa...mencintai bukan bereti memiliki, memiliki bukan bererti menguasai dan menguasi bukan bererti memiliki....

    BalasPadam
  6. Dont judge a book by it's cover.
    Saya sangat setuju dengan pepatah ini.
    Sepupu saya sendiri beristeri dua.
    Kemana sahaja pasti bersama.
    Menghadiri jemputan kahwin, menonton wayang, berkelah, bercuti dan kemana sahaja.
    Namun begitu, isteri pertama sering melontarkan masalah dan ketidakpuasan hatinya pada isteri saya. Dan pada hakikatnya, apa yang tidak dilihat oleh mata kasar orang lain, dua madu ini tidak pernah sebulu.

    BalasPadam
  7. Bila org kawin satu perkara biasa, ramai yg kata dah jodoh tapi bila kawin dua tiga dan empat kenapa tak sebut yg itu pun jodoh juga ?? siapalah kita untuk menidakkan jodoh seseorg.

    Bakal isteri ke 4 abg salih - http://www.youtube.com/watch?v=D8xl-CMiLJk

    BalasPadam
  8. Tahniah & terima kasih kpd Salih Yaacob. :)

    BalasPadam
  9. su senang je....apa2 pon fikir positif....dia mampu....siap nak beli umah lg ke setiap madu2nya...huhuhu....

    BalasPadam
  10. dalam manisnya madu, terselit juga pahit hempedu..makan hati berulam jantung..tgk keadaan la..kalau suami adil, beriman..aman rumahtangga..

    BalasPadam
  11. Dalam manisnya madu, pasti tercalit pahitnya hempedu...Takkan nak tunjuk depan press kan...hehhee...

    Apa pun, semoga mereka bahgia sampai surga bak lagu Faizal Tahir hehehe...

    BalasPadam
  12. Tenang senyum di luar,riak di dalam siapa yang tahu? Perempuan tetap perempuan, sebaik mana pun dia,sebahagia mana pun mereka dengan madu-madunya,seadil manapun suami, jangan tipulah kalau tidak ada perasaan cemburu dan bersaing sesama mereka. Ini pengakuan dari seorang yg bermadu kepada saya, melihatkan dia baik dengan madu, tinggal bersebelahan,keluar pasar bersama, balik kg bergilir-gilir, nampak sangat ideal..hakikatnya,sepatah katanya,tak payahlah lelaki nak mengaku mereka boleh adil,sedangkan Rasulullah pun terlebih menyayangi Aisyah sehingga isteri lain cemburu, inikan pula kita manusia biasa...Lelaki hanya berbangga melihat isteri-isterinya sangat bersatu hati, apa yang si suami tidak tahu ialah, bagaimana isteri isteri melawan perasaan semata-mata sayangkan suami..siapa yang untung? lelaki juga...

    Bila keluar gambar Salih Yaakob memeluk ketiga-tiga isteri di akhbar baru-baru ini, kawan saya bergurau,'tengok,mana adilnya?isteri pertama dan kedua je dia dapat peluk, isteri ketiga, cuma dapat hujung jari dia jer sebab dah tak sampai tangan...'he he he...wallahua'lam...

    BalasPadam
  13. Adakalanya hidup bermadu lebih bahagia dan adakalanya tidak bermadupun hidup menderita terpulanglah kapada nakhoda mengendalikan bahteranya

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum,
    Beberapa lelaki pernah kecam saya sebab elak daripada berkahwin dengan suami orang.

    Dan setiap isteri pula bimbang bila saya berurusan dengan suami mereka.

    Persoalannya: Apa salah saya? Hanya sebab saya belum berkahwin, maka saya dianggap sanggup merampas suami mereka? Kalau saya tergolong dalam golongan yang GRDIK dan sentiasa mengejar suami mereka, saya izinkan untuk mereka merasa bimbang.

    Ramai perempuan sekarang bazirkan usia mereka untuk terus membujang hanya kerana cuba elak berkahwin dengan suami orang. Kenapa nak curigai kami? Kalau betul kami suka merampas, tak payahlah tunggu sebegini lama...

    BalasPadam
  15. sudah suratan hidupnya begitu. media pulak sensasi lebih-lebih. yang penting, hiduplah secara sederhana tak kiralah kita berkeluarga dengan/tanpa madu. bersyukurlah dengan apa yang ada.

    BalasPadam
  16. Isunya di sini bukan Salih Yakob dan isteri.

    Tumpukan perhatian kepada beberapa perenggan terkahir.

    Probably it is hard for some people to comment, it is meant to be like that.

    :)

    BalasPadam
  17. Bro, orang perempuan tamak. Itulah hakikatnya. Masa belum kahwin, ai tak kisahlah, apa lah. Bila dah kahwin, jadik tamak, jadik laki pun jadik biol. Maka, kesimpulannya, lelaki menjadi mangsa dalam hal ni.

    Ok sila marah.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum..

    Wah! hot jugak topic nie. My 2nd post.. :)

    1. Lebih baik hubungan sah drpd hubungan sulit yg tiada masa depan dan merugikan keSEMUA pihak yg terlibat.

    2. Most wanita perlukan kawan, bercerita tentang benda2 yg dianggap remeh/x difahami oleh lelaki/suami (eg: drama/film kat tv/wayang, theatre, fashion, etc.)

    3. Lebih baik sekiranya kawan tersebut boleh dikawal/guided (oleh suami). Nak borak sangat.. ha.. borak aa sampai lebam kat rumah!

    4. Ada diantara isteri2 yg berkawan rapat dgn janda2, andartu2, wanita2 single.

    5. Some drpd wanita2 single ini kurang respect/x menghormati masa/x mahu memahami masa wanita yg berumahtangga/lepak x ingat rumah, etc.

    6. MOSTLY, wanita2 single ini (ruj 5) "menyatakan" betapa bebasnya mereka. Boleh keluar bila2 masa dgn sesiapa sahaja. Boleh beli apa yg diorg nak, boleh pakai apa saja yg diorg suka.

    7. Timbul pula masalah2 "Di kongkong suami", "Bosan duk rumah", "Bosan ngan anak2", dsb.

    8. Sifat competitiveness yg sihat dpt membahagiakan rumahtangga.

    9. Handbag bebanyak.. kasut bebanyak.. boleh aa share2. Takde aa membazir.

    10. Kelas aerobic boleh diadakan dirumah. Tiada lagi alasan.. "x best aa aerobic sengsorang". Basikal exercise, bola besar (utk exercise), sauna kotak, etc. x jadi tukun dlm store.

    11. Pengurangan jumlah warga Nigeria yg menjadi mangsa wanita single yg sedang bosan/lonely.

    Poligami adalah sesuatu yg baik dan dibenarkan. Kebaikan itu lebih banyak drpd keburukan. Bukan hanya kpd individu tetapi kpd keseluruhan masyarakat disamping mencegah pembaziran & menurunkan kadar inflasi.

    Tahniah & terima kasih sekali lagi kpd Salih Yaacob.

    Saya sering memper"bodoh"kan org lain kerana tersalah pilih jalan tanpa usaha & pengorbanan utk membantu mereka, sedangkan saya diberi sedikit ilmu/keselesaan/kebahagiaan untuk dikongsi dan masih mecari keberkatan.

    Sekiranya berkemampuan, berpoligamilah.. bukan hanya kerana nafsu. Kerana adanya kecintaan/tanggungjawab utk menyelamatkan umat manusia.

    Kini, lebih banyak perjuangan menegah / boikot / memandang serong / curiga / ragu2 / was2 perkara yg dibenarkan dan me-lesen-kan / membiasakan / meng-trend-kan / meng-lifestyle-kan / mem-fashion-kan / meng-needs,necessity-kan / mengidamkan perkara yg ditegah.

    Jangan biarkan "emosi" mempengaruhi "akal".

    BalasPadam
  19. ramai lagi lelaki yg mcm salih dan lebih baik dari salih...cuma tak pernah masuk akhbar...mereka mengamalkan poligami dengan mengikut syariat, (Keadilan). memang ada benarnya bukan salah lelaki sahaja dlm isu poligami, cuma dalam Al-Quran, memang Allah swt tekankan keadilan yg semestinya si suami laksanakan.

    BalasPadam
  20. lelaki ialah ketua.sepatutnya peluang untuk berpoligami di dalam Islam tidak dipandang sebagai 1 peluang baik untuk lelaki menunjukkan kejantanan mrk shaja tetapi membuktikan kebijaksanaan lelaki sebagai pemimpin dan ketua yang amanah dan adil. memang wanita lebih emosi bila masuk bab berkongsi suami.kenapa?kerana mrk takut akan disia-siakan oleh suami setelah berbahagi kasih dgn wanita lain.lelaki sepatutnya menguasai ilmu psikologi dan fisiologi wanita supaya dapat menundukkan mrk dgn contoh yang baik dan kata2 yang meyakinkan bahawa isteri tidak akan diabaikan walaupun berkongsi kasih dgn 4 wanita. suami juga harus bersedia fizikal dan mental untuk mengawal nafsu2 istri nya kerana wanitakan nafsunya memang banyak..kalau suami /lelaki faham, jangan pula nak kata wanita itu tamak dsb.Itu adalah risiko dan cabaran buat suami.lelaki/suami lah yg kena pandai kawal semua itu supaya isteri tidak emosi dan dapat berfikir rasional. Yakinkan isteri bahawa kasih sayang akan diberi sama rata, belanja nafkah sama rata dan suami juga kena pandai menjaga hati semua isteri2 nya, malah 4 keluarga yang dibelakang isteri2nya.Besar kan tanggungjawab suami yg berpoligami? Jangan kata isteri queen ctrl jika suami penakut bini.kalau takut pada ombak jgn berumah ditepi pantai! poligami besar dan banyak cabarannya.lelaki kena bersedia banyak perkara.jangan fikir nak sedap jer...ajarkan juga para isteri ilmu agama yg cukup dan jika kedua pihak suami dan isteri sama2 faham konsep sebenar poligami semua masalah dapat diselesaikan dgn jalan baik...

    BalasPadam
  21. saya tidak ada masalah dengan lelaki yang hendak berpoligami, sesuatu yag tidak halal, mengapa pulak nak diharamkan. Lelaki yang berniat untuk berpoligami, hendaknya melakukan 1 hal yang sangat penting sebelum memutuskan menikah lagi:
    1. Memberi tahu istri dan anak-anak. Kalau si istri tidak setuju, cuba selesaikan dahulu permasalahan tersebut, sama ada membujuk istri sampailah dia setuju atau jika si istri minta cerai, maka ceraikanlah si istri terlebih dahulu dengan cara yang baik. Setelah permasalahan tersebut selesai, barulah si lelaki menikah lagi dengan pilihan baru beliau.

    Paling tidak setuju jika:
    1. suami menikah lagi secara diam-diam tanpa memberi tau istri dan anak-anaknya. Dalam hal ini, terjadi ketidakjujuran dan pastinya si lelaki akan terus-terusan berbohong kepada keluarga untuk menutupi pernikahan poligami beliau.

    Jadi, sebagai lelaki, jadilah lelaki yang gentlement. Ingin poligami, beritahu dulu istri dan keluarga, jika istri setuju, takde masalah, jika istri tak setuju dan meminta cerai, itu adalah resiko yang akan muncul jika berniat untuk berpoligami. Hadapilah resiko tersebut dengan berani. Lepaskan si istri secara baik-baik, barulah berniat untuk berpoligami.

    Itu saja lah pendapat sayaa...

    BalasPadam
  22. most cases, x perlu madu2 tuding jari kat si suami pasal perceraian, sbb mmg salah lelaki sbg nakhoda kapal x dpt nk kemudi layar yg byk tu dgn betul. Mmg kdg2 perangai isteri lain2 dan memeningkan kepala tetapi kalau tak mampu dan tak boleh nak kawal, kenapa berkawin lagi satu or lagi 2 or lagi 3?

    BalasPadam
  23. En Hazrey~ saya mengakui kata-kata En.Hazrey tu.. bagi saya yg sememangnya seorang isteri, saya memang tamak BANYAK..bukan sikit-sikit..hehehehe..suami saya adalah milik saya sorang je..tak nak kongsi-kongsi... ;)
    & sebelum ni pun saya x pernah bagi tau TAK KISAH dgn suami saya kalau PART isteri EXTRA tu..No-No-No...

    BalasPadam
  24. azie...ini perkahwinan salih yakob yg ke 5 beb.cuba dgr kat youtube [bakal isteri ke 4 salih buka rahsia ] lepas ni kalau dia terpikat dgn pompuan lain mcmana eh hoho :D

    BalasPadam
  25. Apa bezanya lelaki yg berpoligami dgn lelaki yg tidak mengamalkan poligami tapi menyimpan perempuan simpanan atau girlfriend? Dlm kedua dua keadaan sama aje isteri isteri dapat madu, cuma yg simpanan dan girfriend tak sah aje. Sakit hati isteri isteri dlm dua dua keadaan sama aje. Memang luaran nampak indah apabila semua madu boleh berjumpa dan tak gaduh, silap silap suami yg pening kena bebel dengan semua isteri bila balik ke rumah mereka. Betul kata P Ramlee..."isteri tua merajuk, ana kerumah isteri muda..kalau dua dua merajuk...ana kawin tiga..." Ada juga yg boleh menerima madu seadanya, tapi madu pula yg buat hal tak boleh terima mereka. Bila tengok layanan madu terhadap suami lain dari cara mereka dan suami suka pula, mereka cemburu.. Ada yg sampai mengilmuhitamkan madu kerana cemburu yg amat sangat. Oleh itu bertuahlah para suami yg bertanggungjawab dan penyayang mengemudikan rumahtangga kearah yg diredai Allah dan bertuahlah para isteri yg mendapat suami yg begitu. Oleh itu isteri isteri yang dimadukan bersabarlah selagi mampu, jika dah tak tahan jin keluar yg baik, bercerai secara baik sblm anda terjebak dgn bomoh yang boleh menjuruskan anda keneraka. Nabi pun pernah bersabda yg neraka banyak dipenuhi oleh perempuan bermadu..

    BalasPadam
  26. pokok pangkalnya..hati kena bersih n positive thinking always..suami perlu adil n ingat tanggungjawab.kalu isteri2 n suami lupa peranan masing2..habis..

    BalasPadam
  27. Lelaki disalahkan kerana nak menunjukkan besar tanggungjawab sebagai suami.

    Tu baru kat dunia, kalau kat akhirat, pasal isteri, suami boleh masuk neraka. Bayangkan la kalau ramai isteri, lagi panjang la penghisaban amanlan.

    BalasPadam
  28. isteri pertama SY ni memang dah diceraikan. anaknya kawan kepada kawan rapat saya...

    BalasPadam
  29. isteri ke 4 Salih orng Mersing..sekampung,malah rakan anak saya...terkejut juga,namun itulah jodoh namanya...

    BalasPadam
  30. owh yer...Mazidul ni banyak blog juga rupannya yer

    BalasPadam