Zone A (Bonus)

Sabtu, 7 Mei 2011

Mesej Untuk Pelatih

Penerbitan program 999 selama ini banyak dibantu wartawan pelatih dari institusi pengajian tinggi berbeza.

Melalui pengamatan saya, pada awal praktikal, majoriti mereka kelihatan kekok dan gentar apabila mengetahui akan bertugas bersama saya dan kru.

Ya, saya seringkali dikaitkan dengan imej garang biarpun itu bagi saya, hanya sekadar tanggapan awal.

Percaya atau tidak, sebilangan wartawan pelatih hanya sanggup  bertugas  selama 2 hari sahaja bersama kru 999.

"Encik Mazidul, saya dah minta tukar ke program lain," kata mereka.

Mustahil saya akan menerima individu seperti mereka untuk bertugas bersama saya di masa akan datang. Individu tewas sebelum berjuang.

Untuk rekod, ingin saya kongsikan fakta bersama pembaca, majoriti wartawan pelatih berpeluang bertugas di bawah selian saya, kini bekerja samada di media elektronik atau cetak.

Pengalaman diraih sewaktu bertugas di 999 dilihat majikan sebagai  credential mereka  dalam bidang kewartawanan.

Pada hari terakhir bertugas bersama kru saya, wartawan pelatih lazimnya berasa sedih untuk meninggalkan 999. 

"Terima kasih bang kerana banyak membimbing saya selama ini," itu luahan mereka.

Ilmu dalam bidang kewartawan tidak boleh dijual beli tetapi mempunyai 'harga' tersendiri untuk direbut kelompok wartawan pelatih.

"Terima kasih sebab sanggup kena marah dan masih bersemangat.  Anggap sahaja, saya abang, bila saya marah, itu marah abang kepada adiknya. Marah untuk menegur bukan marah untuk membenci. Dalam tempoh singkat, itu antara kaedah saya untuk berkongsi ilmu bersama awak," itu kata saya.

Rakan saya, Khairul mempunyai pengalaman ingin dikongsi bersama pembaca berhubung pelatih, biarpun di dalam bidang berbeza.


4 ulasan:

  1. Kalu sebagai orang baru, tidak rela dilatih dan ditegur, baik jadi bos buka syarikat sendiri.

    Latihan dan teguran memang tidak dapat dinyatakan di atas kertas nilainya RMnya...

    syabas kepada yang berjaya menempuhinya.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Bro kerana memanjangkan artikel ini.

    BalasPadam
  3. first impression pun penting... sama jugak dlm bidang sy kerja. nk mintak kontrak, job berpuluh ribu. bila minta profail syarikat, bg yg dabel-triple fotostat, lesen tamat tempoh, statement bank dahulu kalau, tak lengkap, eja slh, takde cop.... so babai je la ngn pihak yg beratitude camtu....

    BalasPadam
  4. sikap kita yang menyebabkan kita ambil mudah perkara macam tu. Macam mana nak suruh orang percaya dan bagi kita peluang kalau kita hantar permohonan pun cincai jer. Apa nak jadi dengan student / graduan sekarang ni, saya pun tak tau.

    BalasPadam