Zone A (Bonus)

Jumaat, 27 Mei 2011

Tolong! Masalah Kereta Beli Sambung Bayar

Salam En Mazidul,

Ini bukanlah aduan tetapi lebih kepada ingin memohon pandangan dan nasihat pembaca blog ini untuk menyelesaikan masalah amat berat saya pikul. Kereta Kelisa dibeli menggunakan nama saya untuk pinjaman bank tetapi digunakan oleh ayah (mak dan ayah saya bercerai). 
 
Ceritanya amat panjang tetapi akan saya ringkaskan.

Masalahnya, kereta terbabit tidak lagi digunakan oleh ayah dan saya baru dapat tahu kereta Kelisa terbabit telah diserahkan kepada lelaki A melalui perjanjian sambung bayar. Saya tahu pun bila adik saya terlihat kereta tersebut ketika lelaki A berjumpa dengan mak saya (mak saya di Pulau Pinang tetapi saya bekerja di Shah Alam). Lelaki A menunjukkan perjanjian sambung bayar menggunakan nama saya dan bersaksikan ayah saya. Masalahnya saya tidak tahu langsung berhubung perjanjian tersebut. So, perjanjian itu palsu. Setelah berbincang dengan lelaki A, dia bersetuju untuk membuat full settlement.

Malangnya, sehingga sekarang lelaki A telah menghilangkan diri. Saya telah membuat 2 laporan polis tetapi polis tidak dapat berbuat apa apa kerana ada perjanjian. Saya boleh mengatakan perjanjian itu palsu tetapi akibatnya, ayah saya akan di dakwa. Sebagai anak, saya masih tidak sanggup walaupun ayah telah menyusahkan saya. Bila saya suarakan hal ini kepada ayah, dia terus tidak mengaku saya sebagai anaknya dan mengatakan saya anak kurang ajar. Jadi saya tidak mampu menyelesaikan perkara ini melalui perbincangan dengan ayah.

Pinjaman bulanan bank buat masa sekarang sudah masuk 3 bulan tidak dijelaskan. Lelaki A selalunya membuat bayaran sebelum keluar surat tarik. Maka pihak bank pun tidak boleh berbuat apa apa. Saman memang banyak lelaki A ini dapat. Saya telah membayar sekali sebab hendak membayar roadtax kereta sendiri.

Baru baru ini ada orang mencari saya di rumah emak mengatakan lelaki A ini menipu duit mereka. Masalahnya orang itu enggan membuat laporan polis sebab tidak mahu memanjangkan kes. Justeru, saya sangat buntu.

Mohon nasihat dan bantuan.

Terima kasih.

Nama Journalis Maya : Arin

4 ulasan:

  1. Salam.

    Kepada Arin,
    1-Perjanjian yang dibuat oleh ayah awak dgn lelaki A adalah tidak sah sebabnya tiada terma sambung bayar dalam Perjanjian Sewa Beli.
    2-Jika awak ada bukti tentang penipuan dengan perjanjian antara lelaki A dgn ayah awak, awak kena dapatkan nasihat peguam, bagi memastikan mereka yang terlibat didakwa secepat mungkin biarpun mereka itu ayah kandung sendiri. Awak juga kena dapatkan Perintah Mahkamah agar kereta berkenaan boleh diambil semula oleh awak secara SAH / LEGAL.
    3-Awak kene cepat ambil tindakan jika xmahu nama awak di senaraihitam oleh JPJ/TRAFIK/BANK jika lelaki A dengan sengaja tidak membayar saman atau tunggakan. Jika lelaki A dengan sengaja enggan meneruskan bayaran bulanan, bank boleh mengeluarkan saman sivil, yang mana kes berikutnya boleh menyebabkan awak dihukum BANKRAP jika jumlah hutang melebihi 30K. Ini paling worst.

    BalasPadam
  2. SMTI

    complicated. kene plan betul2 apa nak dibuat ni..

    BalasPadam
  3. bagi siapa yg kenal broker kereta bernama firdaus yaakob dan norazmi adnan..berhati2 bila berurusan dengan mereka..mereka menjual kereta sambung bayar tanpa persetujuan owner..asalnya derang mengaku agen kereta dan boleh tolong ak trade in kereta lama dan dapatkan sebuah kereta baru...bagi firdaus yaakob...kamu adalah jantan yg pengecut..dayus..bagi anak kamu makan duit haram..dayus punya bapak..tobat lah firdaus yaakob...ok sambung tadi...kemudian dia amik kereta lama ak dan terus ilang begitu aja...aku rugi..kereta lama lesap..kereta baru tk dapat..kemudian derang menjual kereta lama aku dengan cara sambung bayar kepada pembeli tanpa pengetahuan owner(aku)..bagi sesiapa yg memiliki kereta wira wkw 5795..dimaklumkan kereta itu dalam siasatan polis...dan bagi sesiapa yg mengenali firdaus bin yaakob dan norazmi bin adnan tlg2 lah lapor ke balai polis berdekatan anda...idup aku tertekan memikirkan kes ni...DAN SKALI LAGI UNTUK FIRDAUS BIN YAAKOB...kami...kitaorang akan mencari KAMU....KAMU TUNGGU YA!!!!

    BalasPadam
  4. Berhati-hati dengan cikgu yang kononnya menguruskan kereta sambung bayar sekitar Ipoh. Dia banyak menjual kereta tanpa kebenaran dari owner sendiri. Saya salah seorang mangsa yang teraniaya olehnya. Cuma berhati2. Terima Kasih. Zulkifli Bin Alias no K/P: 731115-08-6713. no hp 0197724998 dan 0179719157. Harap rakan2 berhati-hati ya.

    tq

    BalasPadam