Salam.
Saya terbaca nukilan encik Mazidul berkenaan sebilangan warga Nigeria dilaporkan menipu warga Malaysia. Di sini ingin saya memaklumkan, saya juga pernah menerima email/message daripada individu tidak saya kenali. Wanita tersebut memperkenalkan diri sebagai 'Falati Abdul Rahman', bekerja di London, mempunyai bapa didakwa berasal dari Malaysia dan berhasrat kononnya ingin ke Malaysia. Lalu dia berpura-pura cuba mendapatkan bantuan saya sekiranya dia berkunjung ke Malaysia kelak. Ayat-ayat ditulisnya seakan-akan dia desperate nak kan lelaki. Ha Ha ! Selain itu, dia juga menceritakan kononnya dia memiliki banyak harrta tanpa saya bertanya.
Timbul keraguan terhadap wanita tersebut, setelah namanya saya search di internet, didapati dia telah beberapa kali cuba menipu lelaki di Malaysia. Walaubagaimanapun, saya terus membalas emel wanita itu atas dasar ingin tahu taktik bakal digunakan (sekadar ingin tahu) dan sejauh manakah kebenaran kenyataan wanita terbabit kononnya tinggal di London.(buat pengetahuan encik Mazidul, saya kini tinggal di UK, jadi tahu lah serba sedikit fasal tempat tempat di London). Kini wanita tersebut tidak lagi menghubungi saya, sebaik sahaja saya memaklumkannya saya berada di UK.
Tujuan emel ini dihantar, sekadar ingin berkongsi pengalaman dan saya yakin motif dan strategi digunakan sama atau hampir sama dengan kes-kes telah berlaku. Di dalam hal penipuan seperti ini, masyarakat Malaysia perlu peka dan bijak menilai apabila berhadapan situasi sebegini. Hemat saya, tidak ada orang tidak dikenali dan tanpa berbuat apa-apa mereka sukakan kita malah ingin berkongsi kekayaan). Usaha encik Mazidul lakukan untuk menyedarkan masyarakat amat saya puji dan ingin saya ucapkan terima kasih. Semoga tuhan memberkati Encik Mazidul dan keluarga.
Sekian.
Saiful Azri

Tiada ulasan:
Catat Ulasan